Panas, panas! Memang mengundang sungguh la foto-foto terbaharu yang dikatakan Iriz MC2 versi crossover yang telah berlegar di WhatsApp group pemilik kereta Proton sejak pagi tadi. Meskipun sumber asalnya telah dipadamkan, namun sempat juga ada beberapa rakan pembaca yang sempat ‘menyimpan’ foto-foto berkenaan dan dikongsikan kepada kami.
Kali ini, Iriz MC2 versi crossover langsung tidak memakai pelitup celoreng dan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 kerana tidak melakukan penjarakan fizikal 1 meter antara satu sama lain. Takde la, kami gurau je!
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
Apa yang penting sekarang kita sudah dapat melihat rupa sebenar Iriz MC2 versi crossover dan ia nampak ‘merelit’ dengan warna merah menyala, warna yang seakan sama seperti X50. Model crossover jadian ini juga nampak segak dengan kit badan baharu, bumbung dan rel para bumbung kemasan hitam. Namun, jika diperhatikan ia masih mengekalkan reka bentuk bampar pada model semasa.
Bukan itu sahaja, ada satu lagi foto bonus, konsol tengah papan pemuka model ini yang masih belum siap dipasang. Menerusi foto itu kita nampak melihat perubahan ketara seperti kehadiran skrin unit infohiburan jenis terapung, bentuk corong pendingin hawa yang direka semula.
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
Paling menarik tombol pelarasnya juga dirombak semula dengan menggunakan jenis digital, dan kelihatan seperti dikitar semula dari model X50. Selain itu, versi crossover akan menggunakan tali pinggang keledar berwarna merah, bumbung dalaman hitam dan warnanya boleh dikatakan sama dengan X50, senang sekali cat kot?
Yang pastinya, pengeluaran massanya telah pun bermula dan ia memberi petanda yang model ini akan dilancarkan dalam masa yang terdekat. Jangkaan kami adalah selepas cuti Aidilfitri nanti kerana Proton perlu menjual semua baki stok yang ada tersebih dahulu.
Ejen perisik kami Mat Bond kata, ada ura-ura mengatakan Proton bakal membangunkan sebuah sedan baharu dengan namakod SS11. Mungkin ada kaitan dengan model Geely yang ini kot? Apa pun, tunggu perkembangan selanjutnya, bagi ‘peluang’ kita sambut Raya dulu la ye!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
KOMEN TERKINI