ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda serah kereta peronda Civic 1.8S untuk Polis Tentera

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia semalam telah menyerahkan 40 unit kereta peronda Civic 1.8S kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi kegunaan penguatkuasaan undang-undang dan tugas kepolisian Kor Polis Tentera Diraja (KPTD).

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama,  sebelum ini model yang sama turut dipilih sebagai kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lebih dari 1,000 unit telah dihantar kepada PDRM secara berperingkat.

JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!

Sejak diperkenalkan pada Februari 2020, Civic pemasangan tempatan (CKD) ini menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia dengan jualan melebihi 5,600 unit. Ini sekali gus mengekalkan kedudukan teratasnya dalam segmen-C dengan peganan pasaran sebanyak 78 peratus setakat bulan Julai 2020.

Civic merupakan model kedua paling laris Honda di Malaysia yang dilengkapi dengan Honda LaneWatch dan Honda SENSING. Model untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC yang mampu menghasilkan ouput kuasa 141PS dan daya kilas maksimum 174Nm. Selain itu, ia turut diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tentera Darat Malaysia

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply