ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Tweckbot kembali!

Berita Tempatan

Views

Perodua Tweckbot kembali setelah beberapa bulan dihentikan sementara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Kali ini langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang lebih komprehensif untuk melindungi para pelanggan dan kakitangannya.

Kali ini Perodua Tweckbot akan berada di Tesco Extra Bukit Tinggi Klang pada hari Sabtu dan Ahad ini (12hb dan 13hb September) bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, pihaknya meramalkan kebanyakan rakyat Malaysia akan bercuti atau pulang ke kampung halaman.

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

Tambah beliau, demi keselamatan dan ketenangan minda, adalah sangat penting kenderaan Perodua mereka berada dalam keadaan yang baik. Tweckbot memeriksa lebih dari 50 poin pada kenderaan Perodua termasuk enjin, transmisi, sistem penyejukan kenderaan, brek, stereng kuasa, cekam, tayar, suspensi dan elektrik.

Datuk Zainal menekankan bahawa langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang menyeluruh akan dilaksanakan dan akan menjadi prosedur operasi normal baharu untuk Tweckbot selepas ini. Semua pelanggan Tweckbot diminta untuk menjalani pemeriksaan suhu dan perlu mematuhi protokol pengesalan kenalan seperti yang diarahkan oleh kerajaan.

Stesen Tweckbot akan disesuaikan dengan susun atur yang lebih luas untuk ruang menunggu, khidmat nasihat dan pemeriksaan kenderaan bagi meminimumkan pergerakan, dan keseluruhan stesen akan dikosongkan serta disanitasi dua kali sehari.

JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!

Juruteknik Perodua akan memakai pelitup muka setiap masa dan setiap kenderaan akan disanitasi sebelum dan selepas pemeriksaan. Penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka juga adalah pada setiap masa. Beliau menambah bahawa dalam melindungi orang ramai, jumlah kenderaan yang diperiksa adalah terhad kepada slot berdasarkan ‘first-come, first-served‘.

Tweckbot juga akan berada di Tesco Puncak Alam dari 19hb – 20hb September dan Tesco Extra Ampang dari 26hb-27hb September, dari jam 9 pagi hingga 5 petang, tawaran khusus untuk pemilik kenderaan Perodua yang ingin melakukan pemeriksaan selepas pemanduan yang panjang.

Pelanggan yang memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar diskaun 20 peratus yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply