ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda SUV e:prototype dan Breeze PHEV buat penampilan global sulung di Auto Shanghai 2021

Berita Global

Views

Sempena dengan Auto Shanghai 2021 yang membuka tirainya untuk para media hari ini, gergasi permotoran Jepun, Honda buat julung kalinya memperkenalkan SUV e:prototype, yang merupakan model prototaip pertama kenderaan elektrik (EV) keluaran jenama tersebut.

Di China, Honda bakal memperkenalkan sepuluh model EV dalam tempoh lima tahun. Pengeluaran massa model SUV e:prototype ini dijadualkan pada musim bunga 2022 sebagai simbolik kepada EV pertama jenama Honda di negara ‘Tembok Besar’ itu.

Selain itu SUV e:prototype, reruai Honda di acara tersebut turut mempamerkan barisan kenderaan hibrid, hibrid plug-in dan EV, termasuklah debut sulung Breeze PHEV, yang merupakan model hibrid plug-in pertama yang dihasilkan oleh GAC Honda.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Bukan itu sahaja, mereka turut mempamerkan keupayaan teknologi iaitu generasi ketiga Honda CONNECT yang mula diperkenalkan di China bulan lalu dan sistem bantuan pemandu termaju, ADAS.

Honda SUV e:prototype

Sekilas pandang kita sudah boleh mengagak yang Honda SUV e:prototype dibangunkan dari model generasi baharu HR-V. Ia menambilkan rekaan yang dinamik, prestasi pecutan yang lancar bagi memboleh pemandu merasai “keseronokkan memandu”.

Model ini turut dilengkapi dengan generasi ketiga Honda CONNECT yang menawarkan beberapa fungsi canggih seperti ketersambungan, pautan telefon pintar dan kemaskini OTA berdasarkan antara muka yang menggunakan pengecaman-suara.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Breeze PHEV

Breeze PHEV ini merupakan model hibrid plug-in pertama yang menggabungkan kelebihan sebuah EV dan kenderaan hibrid. Ia dibangunkan berteraskan sistem hibrid dwimotor, iaitu Sport Hybrid i-MMD yang memberikan pemanduan yang bertenaga di samping menghilangkan kerisauan pemiliknya semasa dalam perjalanan jauh.

Model ini dijadualkan untuk berada di pasaran China pada separuh kedua 2021 sebagai model hibrid plug-in pertama yang diperkenalkan oleh GAC Honda.

Generasi ketiga Honda CONNECT

Honda CONNECT generasi ketiga ini menawarkan fungsi untuk membolehkan operasi peralatan rumah pintar dan membeli-belah secara dalam talian semasa memandu, operasi kenderaan melalui pautan telefon pintar seperti kunci digital dan kemas kini OTA.

Selain itu, ia akan menawarkan lebih banyak pengalaman mobiliti baharu dan pintar melalui fungsi navigasi dan hiburan terkini. Honda CONNECT generasi ketiga akan tersedia bermula dengan model baharu Honda bakal dilancarkan di China pada separuh kedua tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply