ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Vario 125 dilancarkan – Tiga pilihan warna, harga dari RM7,080

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan bersempena Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di Dataran Sri Jempol semalam, Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan model skuter baharu, iaitu Honda Vario 125.

Ia ditawarkan pada harga RM7,080 seunit (tanpa insurans) dengan tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan kuning. Vario 125 boleh didapati di semua pengedar sah mulai esok (14 Mac 2023).

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Model skuter ini dikuasakan oleh enjin baharu 124.9cc empat-lejang sejukan cecair yang menjana 11.4 kuasa kuda dan 11.7 Nm daya kilas bersama Enhanced Smart Power (eSP) dan Idling Stop System (ISS).

Antara ciri menarik skuter ini adalah Honda SMART Key System yang dilengkapi Sistem Penggera Anti-kecurian, slot pengecas USB dalam kotak konsol, lampu jenis LED di depan dan belakang.

Bukan itu sahaja, Vario 125 lebih ranggi dan bergaya dengan panel meter digital, grafik reka corak yang sporty serta ruang simpanan di bawah pelana tempat duduk berkapasiti 18-liter.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Bagi menyerlahkan lagi penampilan sportynya, Vario 125 dilengkapi dengan rim bersaiz 14-inci dengan tayar bersaiz 90/80-14 (hadapan) dan 100/80-14 (belakang).

Dari segi keselamatan, Vario 125 didatangkan dengan sistem brek yang terdiri daripada unit cakera di hadapan dan dram di belakang.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sepit udang (fork) jenis teleskopik dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply