ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hong Leong Industries Berhad ceburi industri alat ganti automotif menerusi jenama TÉKHNĒ

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Industries Berhad (HLI) baru-baru ini telah melancarkan jenama alat ganti automotif terbaharunya, iaitu Tekhne Sdn Bhd (TÉKHNĒ).

TÉKHNĒ memasuki pasaran dengan produk-produk Pengilang Peralatan Asal (OEM) serta Pengilang Peralatan Ganti (REM) yang komprehensif bagi jentera beroda dua dan empat.

Mendukung prinsip ‘Moving the Future‘, TÉKHNĒ mencerminkan dedikasi untuk merintis kemajuan dalam industri automotif.

Pengarah Urusan Kumpulan HLI Profesor Datuk Dr. Jim Khor, berkata, langkah mereka untuk menceburi industri alat ganti automotif mencerminkan dedikasi mereka ke atas inovasi dan komitmen padu ke atas para pelanggan menerusi standard kualiti dan kebolehpercayaan yang tertinggi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pasaran bagi alatan OEM dan REM untuk kegunaan jentera beroda dua dan empat di Malaysia sedang menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan dan diunjur mampu berkembang lebih jauh.

Ia didorong oleh faktor-faktor seperti peningkatan jualan kenderaan, permintaan ke atas servis pasaran sekunder (aftermarket), serta peningkatan bilangan perusahaan dalam pasaran produk automotif.

Nilai tambah dalam pasaran produk automotif di Malaysia dijangka mampu mencecah US$8.32 bilion pada tahun 2024, dengan jangkaan kadar pertumbuhan tahunan berkompaun (CAGR) berjumlah 5.71 peratus dari 2024 hingga 2028.

Di samping itu, jualan kereta terpakai di Malaysia juga sedang meningkat secara konsisten, menyumbang kepada pertumbuhan industri servis pasaran sekunder automotif, sekali gus mencerminkan permintaan yang kian meningkat ke atas produk alat ganti.

Pengurus Besar TÉKHNĒ, En. Chong Chee Kong berkata, komitmen mereka adalah untuk membekalkan produk-produk premium yang dirumus untuk memenuhi keperluan para pelanggan kita di Malaysia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pihaknya juga akan memastikan produk TÉKHNĒ memenuhi standard kecemerlangan dan kepuasan pelanggan yang tertinggi.

Mereka juga bersedia untuk melebarkan sayap ke rantau ASEAN dan seterusnya menembusi pasaran global. pada masa hadapan.

Komitmen TÉKHNĒ terhadap inovasi turut dibuktikan melalui rancangannya untuk menceburi perniagaan produk-produk yang berkaitan dengan kenderaan elektrik, selaras dengan peralihan industri ini ke arah mobiliti lestari.

Bukan itu sahaja, TÉKHNĒ juga bersedia untuk menubuhkan pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) miliknya sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai TÉKHNĒ dan produk-produk OEM dan REM pasaran sekunder keluarannya yang inovatif, sila layari www.tekhne.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply