ARKIB

KATEGORI

Buletin

HSR KL-Singapura mungkin disambung hingga ke Bangkok

Berita Tempatan

Views

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura berkemungkinan akan disambung ke Bangkok, demikian menurut MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR), pihak pengurusan yang bertanggungjawab membangun dan melaksanakan projek mega negara itu.

Penganalisis CGS-CIMB, Chong Tjen-San, yang bertemu pihak pengurusan tertinggi MyHSR dalam satu majlis makan tengah hari berkata, kemungkinan jajaran itu akan disambung ke Bangkok adalah pada peringkat seterusnya pembangunan HSR atau semasa Fasa 2.

MyHSR turut menyentuh potensi pertindihan jajaran HSR dengan trek rel berkembar Gemas-Johor Bahru dan menyatakan bahawa HSR akan menyediakan perkhidmatan untuk koridor berlainan serta menyasarkan pelanggan berbeza.

HSR akan lebih tertumpu kepada pengembara perniagaan yang mementingkan masa, manakala jajaran trek berkembar berkelajuan sederhana menampung pelanggan yang lebih mementingkan harga.

Dari segi pengambilan tanah, Seksyen 4 dan 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengambil alih tanah yang dianggap bermanfaat kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dalam perkembangan sama, Tjen-San berkata bahawa pihak-pihak yang berminat untuk terbabit dalam projek HSR mempunyai masa sehingga 15 November ini untuk menghantar cadangan konsep meliputi aspek teknikal, kos projek, model komersial dan struktur komersial, selepas permohonan maklumat (RFI) projek itu dibuka pada 28 Julai lalu.

Perkara penting yang dinyatakan oleh pihak MyHSR adalah hampir 30 firma telah menghantar permohonan untuk membeli dokumen RFI. Projek itu akan dilaksanakan menerusi model reka-biaya-bina-kendali-pindah (DFBOT) dengan asetnya akan diserahkan selepas tempoh konsesi.

Lima syarikat yang disenarai pendek (YTL, MMC, MRCB, WCT dan Berjaya) sebelum RFI hanyalah bertujuan untuk menguji pasaran dan semua pihak berkenaan akan bermula dari bawah semula. Kerajaan mungkin akan menyediakan pembiayaan bagi tujuan pengambilalihan tanah.

“Tren-tren HSR mesti mencapai kelajuan 350 kilometer sejam,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan projek itu masih lagi di peringkat RFI dan belum bergerak ke peringkat permohonan cadangan (RFP), banyak persoalan penting masih belum dijawab seperti struktur HSR, potensi kos, pengambilalihan tanah, pembangunan berorientasikan transit (TOD) di semua stesen dan juga garis masa.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Pada pandangan kami, kuncinya adalah mendapatkan sokongan daripada Singapura dan menyelesaikan beberapa isu sebelum ini seperti aset AssetCo dan menghubungkan terminal HSR di Kuala Lumpur ke Express Rail Link (ERL),” katanya.

Pada awal bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata oleh The Star bahawa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan berbincang bersama Singapura selepas kerajaan memutuskan langkah ke hadapan projek itu apabila RFI dimuktamadkan.

Mengikut perancangan asal, jajaran terdahulu HSR akan terdiri daripada tujuh stesen di Malaysia iaitu Bandar Malaysia, Sepang-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri, sebelum trek dari Kuala Lumpur sampai di destinasi terakhir di Jurong East, Singapura.

Jarak keseluruhan jajaran rel itu pada awalnya dirancang sejauh 350 kilometer, iaitu 335 kilometer di Malaysia dan 15 kilometer di Singapura.

Projek terdahulu menyasarkan untuk menyediakan masa perjalanan paling singkat antara dua bandar raya itu, kepada hanya dua jam setengah, termasuk masa ke stesen HSR dan proses imigresen. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply