@kikyycoco hina sangat ke kerja grab/foodpanda ? kesian abang tu nak cari rezeki , semoga abang dipermudahkan segala urusan 🤲🏻💪🏻 #fypシ #xyzbca #jpjmalaysia #riderfoodpanda ♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni
Video memaparkan seorang penunggang p-hailing berjalan kaki sambil menggalas beg penghantaran makanan mengundang sebak warganet.
Lelaki berkenaan dilihat berjalan dan masih memakai topi keledar dalam cuaca panas selepas tidak dapat meneruskan kerja mencari rezeki kerana motosikalnya dipercayai disita Jabatan Pengangkutan Jalan, di Nilai, Negeri Sembilan.
Hantaran tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok @kikkycoco yang berada di lokasi sewaktu pemeriksaan kenderaan dilakukan anggota penguat kuasa.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
“Hina sangat ke kerja ni? Kasihan abang tu nak cari rezeki. Semoga abang dipermudahkan segala urusan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Memetik laporan Mstar, dalam satu hantaran baharu yang dibuat pada Rabu, motosikal itu disita atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan juga tiada insurans.
Pengguna TikTok itu kemudian meluahkan hasratnya untuk mendapatkan semula motosikalnya dengan meminta orang ramai membantunya dari segi kewangan.
“Saya ingin meminta satu permintaan daripada anda semua. Sesiapa yang baik hati boleh hulurkan sedikit bantuan kewangan.
“Sekarang motor saya kena sita sekali dengan abang tu. Saya masih lagi seorang pelajar jadi saya tak cukup duit untuk bayar keluarkan motor tu,” katanya.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Bagaimanapun, dia berharap agar orang ramai tidak memandang negatif terhadap permintaannya. “Saya tak nak orang anggap saya gunakan cara ni untuk dapatkan duit.
“Tapi saya bukan daripada keluarga yang senang,” jelasnya lagi. Hantaran tular yang meraih lebih 4.2 juta jumlah tontonan itu turut dikongsikan oleh warganet lain.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita penunggang motosikal yang didapati melanggar kesalahan jalan raya di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan tegas itu akan dikuatkuasakan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan menunggang motosikal secara berbahaya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI