Di kala Apple masih lagi tercari-cari rakan strategik untuk menghasilkan kereta pertamanya, gergasi elektronik dan telekomunikasi dari China, Huawei dalam diam-diam melancarkan kereta pertama mereka, dikenali sebagai SF5.
Ia merupakan sebuah crossover, yang menggunakan penjana range-extender dan dibangunkan bersama Cyrus. Model ini bakal dijual di bawah jenama Seres dan sekilas pandang, ia ‘iras’ Porsche Macan namun rekaan lampu siang LED (DRL) yang memanjang ke bawah membuatkan rupanya kelihatan sedikit pelik.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,700 mm panjang, 1,930 mm lebar dan 1,625 mm tinggi manakala jarak antara gandarnya pula 2,875 mm. Ukuran dimensi model ini dikatakan hampir sama dengan Audi Q5. Ruang kabin SF5 direka dengan cukup minimalis dan kelihatan begitu moden serta elegan.
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
Ia menampilkan rekaan stereng dua jejari, paparan meter digital, kemasan kayu dan krom serta tombol gear jenis putar. Selain itu, ruang kabin crossover ini turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan ambien, bumbung purnama dan tempat duduk hadapan dengan pemanas, pengudaraan dan fungsi urutan.
SF5 dilengkapi dengan sistem infohiburan canggih yang bersambung ke telefon pintar dalam beberapa saat dan secara automatik memindahkan muzik dan maklumat navigasi. Teknologi pengecaman suara dan sistem audio Huawei Sound dengan 11 pembesar suara bersama sepasang subwoofer melengkapi kecanggihan model ini.
Bagi mengurangkan hingar, getaran dan kekasaran (NVH) para jurutera yang teribat dalam pembikinan model ini telah menggunakan kaca hadapan dwi-lapisan dan banyak bahan kedap bunyi. Syarikat tersebut berkata, mereka telah berjaya mencapai tahap hingar ruang kabin model ini hanya 38 desibel semasa ia melahu.
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
SF5 turut dilengkapi dengan radar gelombang millimeter, penderia ultrasonik dan pelbagai jenis kamera yang digunakan untuk fungsi kawalan jelajah adaptif, bantuan kesesakan jalan, brek kecemasan automatik serta amaran berlepas lorong dan perlanggaran hadapan.
Buat masa ini Huawei tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat, namun model ini dijana oleh enjin 1.5-liter empat-silinder yang berfungsi sebagai penjana. Enjin ini akan membantu mengecas pek bateri yang menggerakkan dua motor elektrik yang menghasilkan output sebanyak 543 kuasa kuda dan 820 Nm daya kilas.
Ini membolehkan crossover tersebut mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam tempoh 4.7 saat. Penjana range-extender ini juga membolehkan SF5 mencapai jarak perjalanan sejauh 180 km dengan hanya bergantung kepada kuasa elektrik dan lebih 1000 kilometer secara keseluruhan mengikut Kitaran Pemanduan Baharu Eropah.
Lebih menarik, kenderaan ini juga boleh berfungsi sebagai bateri yang mampu membekalkan kuasa untuk apa sahaja, dari TV hingga ke kereta elektrik. SF5 kini sedang dipamerkan di Shanghai Auto Show dan bakal barada di kedai Huawei tidak lama lagi. Penghantaran dijangka bermula bulan hadapan dan harganya bermula dari ¥216,800 (RM137,376).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
KOMEN TERKINI