ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha Ego Avantiz 2021 tampil dengan warna baharu dan grafik badan lebih ranggi

Berita Tempatan

Views

Hanya selang beberapa hari setelah memperkenalkan warna baharu untuk model Yamaha YZF-R15 2021, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan pula pilihan warna baharu untuk model skuter Ego Avantiz 2021.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Untuk tahun 2021, skuter berkapasiti 125cc ini tampil dengan tiga pilihan warna baharu yang ceria antaranya biru, merah dan hijau kusam. Selain itu, pelekat badannya turut menampilkan reka corak grafik yang lebih ranggi.

Harga jualannya masih tidak berubah, iaitu RM4,873.31 termasuk pengecualian cukai eksais sifar peratus sehingga 31 Disember 2021, tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran (tertakluk kepada perubahan).

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Skuter ini telah mula berada di pasaran dan ia masih lagi dijana oleh enjin silinder tunggal 125 cc sejukan udara empat lejang yang menjana 9.4 kuasa kuda pada 8,000 rpm dengan 9.6 Nm daya kilas pada 5,500 rpm.

Segala spesfikasi teknikalnya yang lain juga masih kekal termasuk sistem suspensi hadapan jenis teleskopik dan sistem brek hadapan jenis cakera tunggal hidraulik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply