ARKIB

KATEGORI

Buletin

Semarakkan bulan Ramadan bersama Grab

Berita Tempatan

Views

Ramadan tiba dan sekali lagi warga Malaysia terpaksa meraikan bulan yang mulia ini dalam suasana wabak COVID-19. Bagi menyemarakkan bulan mulia ini, Grab mengajak orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik menerusi derma kepada pihak kebajikan dan NGO seperti Fugee School, Islamic Relief, Dapur Mesra Pertiwi (soup kitchen), PUAK Payong dan banyak lagi dengan mengguna mata ganjaran GrabRewards.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Selain itu, anda juga boleh menyampaikan kasih sayang kepada ahli keluarga dan rakan-rakan dengan memesan juadah berbuka puasa dari GrabFood dan nikmati diskaun 30 peratus daripada peniaga terpilih dan tambahan diskaun 30 peratus lagi menerusi kod promosi ‘RAMADAN DEALS’, atau dengan menghantar kepada mereka makanan yang dimasak di rumah menerusi GrabExpress.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Anda juga boleh memberi kejutan kepada orang tersayang dengan kad hadiah Grab atau baju raya dengan diskaun 30 peratus setelah membayar mengguna e-dompet GrabPay. Di samping itu, zahirkan tanda penghargaan dan kesyukuran anda terhadap rakan pemandu dan penghantar Grab dengan memberi tip, atau memberi ulasan baik kepada restoran kegemaran anda.

Sempena musim perayaan ini, Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Negara di Grab Malaysia berkata, pihaknya berharap platform Grab dapat memberi peluang kepada warga Malaysia berhubung dengan orang tersayang, di mana sahaja mereka berada bahkan dapat berperanan membantu orang lain turut bergembira.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply