ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Hyundai Elantara baharu sah guna transmisi Smartstream IVT dan enjin 1.6 liter Smartstream

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia telah menyiarkan iklan acah kedua Elantra generasi ketujuh dan yang menariknya kali ini mereka mengesahkan model tersebut bakal menggunakan transmisi Smartstream IVT (Intelligent Variable Transmissions). dan enjin petrol 1.6 liter Smartstream.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Transmisi tersebut dihasilkan oleh Hyundai Transys yang merupakan gabungan antara Hyundai Powertech dan Hyundai Dymos. Smartstream IVT lapan-kelajuan maya ini menggunakan ciri seperti CVT kecekapan tinggi sebagai asas dan ia dipertingkatkan dengan mengubah rasa responsif dan penukaran gear.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Ia digandingkan dengan enjin 1.6 liter Smartstream petrol yang mampu menghasilkan 123PS kuasa pada 6,300rpm dan daya kilas puncak 154Nm pada 4,500rpm. Enjin empat-silinder aspirasi normal (NA) ini dilengkapi dengan pemasaan injap boleh ubah berterusan (CVVT), suntikan berbilang pot (MPI) dan juga modul pengurusan thermal yang baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply