ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Lapan Mat Motor ditahan menunggang secara berbahaya

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook Friends of Trafik Ampang memaklumkan Unit Risikan / Operasi JSPT Bukit Aman telah menerima rakaman video berdurasi 7 minit 22 saat yang memaparkan sekumpulan “Mat Motor” yang telah menunggang motosikal secara berbahaya dan melulu.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Mereka dilihat melakukan aksi ‘angkat tayar depan’ (wheelie) serta bersaing sesama sendiri di Jalan Bunga Mawar 4, Taman Muda, Ampang. Tindakan lanjut pasukan tersebut telah berjaya mengesan sekumpulan suspek di dalam video tersebut dan menahan mereka di sekitar Kuala Lumpur.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Kesemua suspek diserahkan kepada Pegawai Penyiasat BSPTD Ampang Jaya dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 yang mana apabila disabitkan kesalahan kali pertama boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun serta denda tidak kurang daripada RM 5,000 dan tidak melebihi RM 15,000. Seseorang yang disabitkan dibawah seksyen ini juga akan hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Friends of Trafik Ampang

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply