ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai India acah lakaran rasmi Verna generasi baharu, tempahan kini dibuka

Berita Global

Views

Hyundai India sejak kelmarin telah mula menyiarkan iklan acah pertama untuk model Verna (turut dikenali dengan nama Accent) generasi baharu (2023) dengan menyiarkan imej lakarannya.

Serentak dengan itu juga mereka turut membuka tempahan model sedan berkenan untuk pasaran India. Verna 2023 merupakan generasi yang keenam dan dijangka membuat debut sulung global pada 21 Mac nanti.

Menerusi lakaran tersebut, kita dapat melihat gambaran awal model sedan tersebut yang kini lebih anngun dengan permainan garis-garis tajam.

Ia kini kelihatan lebih matang, malah kekudanya seakan hampir sama dengan model sedan dalam segmen-D. Dari arah depan, ia nampak garang dengan jejalur lampu siang LED (DRL) yang melintang.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Lampu hadapannya berada sedikit ke bawah dan bergabung dengan ‘jeriji yang amat besar’ serta bampar rekaan serba baharu.

Gaya rekaan sebegini merupakan ‘wajah baharu’ ahli keluarga Hyundai yang telah diperlihatkan pada beberapa model seperti Sonata facelift, KonaGrandeurStaria dan juga Stargazer.

Reka bentuk rimnya nampak agak keterlaluan dan serabut, namun menampilkan gaya premium menerusi kemasan potongan berlian dan permainan dwitona.

Dari arah sisi, profilnya memperlihatkan penggunaan garis-garis tajam dan lekuk badan yang diinspirasikan dari model Elantra. Tiang-Cnya pula mendapat kemasan yang kelihatan berkilat.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Garis bumbungnya pula lebih landai dan bergabung terus dengan but, sekali gus menonjolkan gaya reka bentuk sebuah coupe. Lampu belakangnya juga dilihat menggunakan reka bentuk berbucu tajam.

Buat masa ini, hanya lakaran reka bentuk luaran sahaja yang diperlihatkan dan berkemungkinan besar ia kelihatan lebih mewah dengan pelbagai ciri baharu.

Dari segi rangkaian kuasa pula, Hyundai mengesahkan yang model baharu ini nanti akan didatangkan dengan pilihan enjin petrol 1.5-liter turbo baharu yang dipadankan dengan pilihan sama ada transmisi 6-kelajuan manual dan 7-kelajuan DCT.

Satu lagi pilihan enjin yang ditawarkan adalah unit petrol 1.5-liter aspirasi alami (NA) yang digandingkan bersama pilihan transmisi 6-kelajuan manual dan automatik (IVT). Tiada pilihan enjin diesel ditawarkan pada model baharu ini.

Hyundai Verna 2023 bakal berentap dengan beberapa pesaing terkuat, antaranya Honda City, Volkswagen Virtus, Skoda Slavia, Maruti Suzuki Ciaz dan beberapa model lain lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply