ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Malaysia mula acah iklan model baharu, Vios (D92A) ke? Nantikan 24 Februari ini!

Berita Tempatan

Views

Hanya beberapa hari selepas UMW Toyota Motor (UMWT) dan GAZOO Racing Malaysia melancarkan lima model baharu yang terdiri daripada model GR dan GR Sport, timbul pula satu lagi video acah di akaun Facebook rasmi Toyota Malaysia sejak semalam.

Video berdurasi 15 saat itu hanya memaparkan latar belakang gelap dan berasap, serta diselang-selikan dengan beberapa kapsyen yang bertemakan “Defy“.

Setakat ini belum dipastikan model apa yang bakal diperkenalkan pada 24 Februari 2023 (Jumaat ini).

Rakan-rakan media lain seperti di PaulTan.org dan WapCar.my telah mula membuat spekulasi dengan mengatakan model yang bakal dilancarkan nanti adalah Vios generasi baharu (D92A).

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Sebelum ini, pihak Toyota pernah menggunakan tema “Defy” untuk pelancaran model sedan, Toyota Camry baharu di pasaran negara lain.

Oleh yang demikian, ada kebarangkalian tema yang sama mungkin merujuk kepada Vios (D92A) yang juga merupakan model sedan.

Seperti yang kita ketahui, beberapa pasaran lain di rantau Asia Tenggara sudah pun menerima model ini. Yang paling awal adalah Thailand, dengan menggunakan nama Yaris ATIV.

Kemudian ia mendarat di Laos (versi pemanduan kiri) dan juga Indonesia. Cuma Vietnam tidak bernasib baik kerana mereka hanya akan menerima Vios generasi semasa yang dikemaskini (facelift).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

D92A merupakan generasi Vios keempat yang dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Yaris ATIV di Thailand mendapat enjin petrol aspirasi alami (NA) 1.2 liter Dwi VVT-iE (3NR-VE), manakala di Indonesia, Vios dikuasakan oleh enjin 1.5L NA 2NR-VE.

Kami menjangkakan pasaran di Malaysia akan mendapat enjin yang sama dengan di Indonesia yang digandingkan bersama transmisi CVT dengan pilihan mod pemanduan Eco/Power.

Apa pun, nantikan kemunculannya Jumaat ini. Mungkin juga ada kejutan lain, kita sama-sama tunggu dan lihat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply