Beberapa imej yang dikatakan Honda City facelift mula tular di laman Facebook sejak semalam dan mula menjadi ‘modal membawang’ warganet di India. Honda Car India dijangka melancarkan City yang dikemaskini itu pada bulan Mac 2023.
Seperti yang dijangka, model ini merupakan versi minor facelift dengan beberapa perubahan kecil kosmetik luaran dan peningkatan ciri dalaman bagi memastikannya terus segar.
Secara kasar, ia masih mengekalkan bentuk semasanya dengan varian mercu dilengkapi lampu jenis LED manakala varian pertengahan hanya akan menggunakan lampu projektor.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Dari luaran, ia menampilkan jeriji serba baharu dengan rekaan lebih kompak dengan corak sarang lebah, rim aloi baharu, serta bampar hadapan dan belakang yang diolah semula.
Ruang dalamannya juga turut mengalami rombakan kecil, dan dijangka menerima beberapa ciri baharu seperti tempat duduk yang berventilasi, sistem inforia baharu, ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto serta banyak lagi.
Dari segi rangkaian kuasa, Honda Car India akan mengeluarkan enjin 1.5 liter diesel daripada senarai dan hanya akan ditawarkan dengan enjin petrol sahaja.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
City facelift akan dijana dengan enjin petrol 1.5-liter aspirasi alami (NA) yang menghamburkan 121 kuasa kuda yang digandingkan dengan pilihan transmisi sama ada 6-kelajuan manual atau CVT.
Untuk versi City facelift kali ini, Honda akan menawarkan satu lagi pilihan hibrid, Pelbagai-Mod Pemanduan (i-MMD) yang menjana 126 kuasa kuda dan digandingkan dengan transmisi e-CVT.
City facelift dijangka menghadapi saingan sengit daripada beberapa model seperti Skoda Slavia, Volkswagen Virtus, Maruti Suzuki Ciaz dan Hyundai Verna di pasaran India. Setakat ini belum ada info terkini bilakah City facelift akan tiba di Malaysia atau rantau ASEAN.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Sidharth Kaushal
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI