ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Malaysia lancar D-Max generasi baharu hujung bulan ini

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini laman Facebook ISUZU D-Max Malaysia telah mula menyiarkan video acah pertama, model D-Max generasi baharu yang disebut-sebut bakal dilancarkan pada hujung bulan ini. Bukan itu sahaja, satu laman mikro mengenai model tersebut juga telah mula diaktifkan dan mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh mendaftar menerusi pautan ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Isuzu D-Max 2021 tampil dengan reka bentuk yang lebih moden dan sporty berbanding dengan model sebelumnya dengan pilihan kabin tunggal atau berkembar. Generasi ketiga D-Max ini bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin, RZ-4E 1.9 liter yang menghasilkan 150 PS dan 350 Nm daya kilas, selain enjin 4JJ-3TCX 3.0 liter Blue Power Turbo Diesel yang menjana 190 PS dan 450 Nm daya kilas. Enjin ini pula bakal digandingkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik enam-kelajuan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Selain itu, trak pikap ini telah menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP dengan ciri-ciri keselamatan terkini termasuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), antaranya tujuh beg udara SRS, Brek Anti Kunci (ABS), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif bersama Henti dan Mula (ACC), Amaran Berlepas Lorong (LDW), Lampu Tinggi Automatik (AHB), Pemantau Titik Buta (BSM) dan banyak lagi. Difahamkan harga anggaran untuk model ini bermula dari RM89,000 sehingga RM145,000.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply