ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai lancar Bahagian Mobiliti Udara Bandar – Lantik Dr. Jaiwon Shin sebagai teraju

Berita Global

Views

Perlumbaan mobiliti terbang mula menarik perhatian pengeluar kereta, dan yang terbaharu gergasi automotif dari Korea Selatan, Hyundai turut tidak ketinggalan dengan melancarkan Bahagian Mobiliti Udara Bandar baru-baru ini. Mereka telah melantik Dr. Jaiwon Shin sebagai naib presiden eksekutif dan ketua untuk menerajui bahagian ini.

Siapa Dr. Jaiwon Shin?

Beliau telah berkhidmat selama lebih 30 tahun di NASA dan sejak 11 yang lalu menjadi Pengarah Misi Penyelidikan Aeronautik di mana beliau telah membentuk strategi penyelidikan dan pembangunan aeronautik di agensi tersebut.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Dr. Shin juga menjadi pengerusi bersama Jawatankuasa Kecil Majlis Sains dan Teknologi Sains Aeronautik Nasional Rumah Putih dan telah menerima Anugerah Pangkat Presiden, yang merupakan pengiktirafan tertinggi yang disampaikan kepada pegawai awam dalam pentadbiran Amerika Syarikat sebanyak dua kali.

Buat masa ini Hyundai tidak memberikan butiran lanjut mengenai Bahagian Mobiliti Udara Bandar ini, tetapi kata mereka ia disasarkan untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan mobiliti pintar yang tidak pernah dilihat atau difikirkan sebelum ini.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Kata Dr. Shin, beliau telah berkhidmat dalam bidang penyelidikan dan pembangunan penerbangan di NASA selama 30 tahun, dan sangat teruja dan berasa rendah diri kerana diberi peluang untuk membentuk strategi mobiliti udara bandar di Hyundai Motor Group.

Pasukan baharu di Hyundai itu nanti akan membangunkan teknologi teras yang  akan menjadikan syarikat itu sebagai penggerak dalam mobiliti udara bandar, sebuah sektor yang dijangka berkembang menjadi pasaran bernilai USD 1.5 trilion dalam tempoh 20 tahun dari sekarang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply