ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Malaysia tayang iklan acah Elantra facelift – Bakal dilancarkan dalam masa terdekat?

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia telah memulakan perang psikologi dengan memuat naik beberapa siri iklan acah Elantra facelift bermula 10 April lalu. Walaubagaimanapun, laman web rasmi mereka tidak dapat diakses buat masa ini dan butiran lanjut mengenai model tersebut juga masih belum didedahkan.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Elantra facelift telah mula memasuki pasaran Amerika Syarikat pada musim luruh tahun lalu. Untuk pasaran negara Uncle Sam itu, ia ditawarkan dengan beberapa pilihan varian termasuk versi Sport. Ia menampilkan rekaan wajah baharu yang lebih garang dengan sepasang lampu hadapan yang tajam serta dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih.

Model yang berwajah baharu ini dilengkapi dengan ciri keselamatan SmartSense yang merangkumi Bantuan Mengelak Perlanggaran Hadapan dengan Pengesan Pejalan Kaki, Bantuan Kekal Lorong, Amaran Perhatian Pemandu, Bantuan Tukar Lorong dan Amaran Perlanggaran Titik Buta dengan Amaran Lintasan Belakang.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Elantra facelift turut ditawarkan dengan 3 pilihan enjin – 2.0-liter yang menjana 147 kuasa kuda, 1.4-liter turbo dengan 128 kuasa kuda dan 1.6-liter turbo yang digandingkan dengan transmisi sama ada enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan dwi-klac.

Untuk pasaran Malaysia kami tidak pasti apakah pilihan varian yang ditawarkan, namun untuk versi semasa ia ditawarkan dalam tiga pilihan varian – 1.6 Turbo Sport, 2.0 MPI Dynamic dan 2.0 MPI Executive. Untuk melihat video pandu uji model tersebut, ketik sahaja pautan ini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply