Dalam diam-diam, Hyundai mula mengusik warganet dengan menyiarkan beberapa foto acaj model terbaharu mereka IONIQ 5. Merupakan model produksi kepada 45 EV Concept, ia bakal diperkenalkan bulan depan dan menjadi kenderaan elektrik (EV) pertama yang menggunakan asas seni bina E-GMP baharu.
IONIQ 5 menampilkan reka bentuk yang sama sekali berbeza dengan model Hyundai sedia ada kerana menurut syarikat tersebut, rekaan EV perlu lebih ke hadapan. Buat masa ini syarikat tersebut masih lagi ‘mengunci mulut’ mengenai perincian model tersebut namun kata mereka,model itu nanti akan menjadi yang pertama menampilkan ‘hud cengkerang’ yang mengikut lebar badan kereta, sekali gus meminimakan renggang panel dan menghasilkan rupa yang canggih.
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
Selain itu IONIQ 5 turut menampilkan jeriji jenis tertutup dan cermin sisi jenis digital. Dari foto acah ini juga kita boleh melihat pelapik yang kontras dengan warna badan, lampu belakang yang nipis dan roda berukuran 20-nci bagi mengoptimakan aerodinamik. Hyundai pada masa yang sama juga turut menyiarkan beberapa siri video acah yang menyerlahkan kemampuan model crossover berkenaan.
Salah satu video itu memaparkan fungsi IONIQ 5 sebagai penjana kuasa 110/220V yang membolehkan pemiliknya untuk menghidupkan ketuhar mahupun mesin treadmill hatta di tengah hutan belantara sekalipun. Aada juga video yang memaparkan keupayaan pengecasan ‘ultra-pantas’ yang hanya memerlukan 5 minit untuk membolehkan crossover bergerak lebih dari 100 km mengikut kitaran WLTP.
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
Tahun lalu, Hyundai Austria secara tidak sengaja ‘membocorkan’ beberapa spesifikasinya yang mengatakan model tersebut menggunakan pacuan semua-roda selain kombinasi output 309 kuasa kuda. Ini membolehkan IONIQ 5 untuk memecut dari 0-96 km/j hanya dalam masa 5.2 saat.
Setakat ini tiada maklumat mengenai kapasiti baterinya, namun ia dijangka mampu mencecah jarak 450 km dan paling menarik ia turut dilengkapi dengan bumbung solar yang membantu mengecas baterinya semasa ia di parkir.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
KOMEN TERKINI