Gergasi automotif Korea Selatan, Hyundai sudah mula mengusik jiwa peminat kereta seluruh dunia, dengan menayangkan video dan juga foto acah model generasi baharu Elantra (2021). Model ini dijangka bakal diperkenalkan buat julung kalinya secara global pada 17 Mac ini di The Lot Studios, West Hollywood, California.
Menerusi apa yang diberikan oleh Hyundai buat masa ini, kita dapat melihat dengan jelas sebahagian reka bentuk luaran Elantra 2021 yang agak radikal. Di bahagian depan, kombinasi rekaan lampu bersama lampu siang LED (DRL) nampak lebih tajam, bersambung pula dengan jeriji yang dihiasi bentuk geometri menjadikan wajah kereta ini lebih garang.
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
Ke bahagian sisi, lekuk badan generasi baharu Elantra nampak sangat menyerlah dengan permainan garis badan yang tajam dan bersegi, seolah-olah ia diinspirasikan dari lipatan kertas origami. Buat masa ini rekaan belakang masih kelihatan samar-samar, namun kita masih boleh melihat jejalur lampu belakang jenis LED yang bersambung membentuk satu garis lurus melintang.
Pada kami, para pereka di studio reka bentuk Hyundai, cukup berani untuk mencuba satu gaya baharu yang agak unik dan tersendiri. Di bahagian dalam, reka bentuk papan pemuka direka dengan cukup minimalis dan ringkas, namun tetap kelihatan moden dan futuristik. Terutama sekali pada bahagian panel meter yang bersambung dengan konsol tengah, membentuk gabungan paparan skrin yang sangat besar.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
Paling menarik, rekaan stereng Elantra 2021 dengan gaya rekaan empat jejari yang dihiasi dengan kemasan dwitona dan tidak lupa juga, jejalur nipis merah melintang yang menjadikan papan pemuka model ini begitu sporty. Hyundai mengatakan ruang kabin model ini ibarat berada ‘di dalam kepompong.’
Secara visual, kelihatan Elantra 2021 nampak seakan lebih besar berbanding model sebelumnya dan setakat ini masih belum ada sebarang maklumat lebih terperinci mengenai spesifikasi teknikal termasuk jenis enjin yang bakal digunakan nanti. Namun, ada kemungkinan ia akan dikuasakan oleh varian enjin petrol SmartStream dan juga pilihan hibrid plug-in.
Nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
KOMEN TERKINI