ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu D-Max 1.9 liter Blue Power lulus cabaran 1,000 km – Siap ada baki minyak dalam tangki lagi!

Berita Tempatan

Views

Setelah berjaya mencapai penggunaan bahan api terbaik dalam Dura Miles Challenge, yang menyaksikan D-Max dipandu dari Bangkok ke Singapura dengan menggunakan hanya satu tangki bahan api, Isuzu Malaysia sekali lagi membuktikan tahap kecekapan trak pikap Isuzu D-Max dengan menguji enjin 1.9 liter Blue Power baharunya melalui satu lagi cabaran ekstrim.

D-Max 1.9 liter Single Cab dimuatkan beban maksimum sehingga satu tan yang boleh ditampungnya sebelum dipandu melalui kawasan tanah tinggi Banjaran Titiwangsa dengan catatan jumlah jarak perjalanan melebihi 1,000 km di dalam cabaran D-Max 1.9 Blue Power Dura Challenge. Lebih mengagumkan semua itu dicapai dengan dua takat bahan api yang masih berbaki di dalam tangki pada akhir cabaran ini.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, walaupun Isuzu D-Max 1.9 Blue Power sebuah trak pikap dengan kapasiti enjin yang paling kecil dalam pasaran, kemampuan penjimatannya terus berada pada tahap membanggakan.

Sebelum memulakan perjalanannya dari kilang Isuzu-Hicom Malaysia di Pekan, Pahang, pemeriksaan menyeluruh dilakukan terhadap trak pikap ini oleh PUSPAKOM bagi mengesahkan bahawa ia unit standard yang sama di bilik pameran serta bagi mendapatkan pengesahan terhadap jumlah beban yang dibawa, melebihi 1,000 kg.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Dengan bahagian muatan, bonet serta tangki minyak ditutup dan disah dilekapkan, ia terus menuju ke Utara untuk cabarannya yang pertama — Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Jeli di Kelantan dengan Grik di Perak dengan laluan mendaki dengan ketinggian 1,052 meter sebelum ke Ipoh untuk menamatkan cabaran hari pertamanya.

Keesokan harinya, cabaran yang terpaksa dilalui lebih sukar apabila unit kabin tunggal berkenaan dikehendaki mendaki ketinggian 1,112 meter ke Tanah Rata di Cameron Highlands sebelum melanjutkan perjalanan ke Fraser’s Hill (1,222 meter) melalui Raub.

Seterusnya, cabaran perjalanannya lebih getir merentasi laluan mendaki ketinggian 1,604 meter menuju Genting Highlands sebelum menamatkan perjalanan di Pusat Servis Isuzu di Shah Alam dan merekodkan jarak perjalanan 1,145 km keseluruhannya.

Dengan purata penggunaan bahan api 7.2l/100 km (13.7 km/l) berdasarkan bacaan pada meter dalamannya, D-Max 1.9 liter Single Cab tiba di lokasi penamat dengan bahan api yang masih banyak di dalam kapasiti tangki 76 liter yang ada padanya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura pula berkata, unit enjin 1.9 liter RZ4E-TC yang digunakan ialah yang paling cekap pernah dihasilkan oleh Isuzu Motors. Enjin 1.9 liter Blue Power diesel terkini menghasilkan lebih kuasa dan tork berbanding model dengan enjin 2.5 liter pada model sebelumnya.

Prestasi enjin trak pikap ini dimaksimumkan menerusi inovasi teknologi termasuk pada rekaan kebuk pembakaran dan pancarongga masuk (intake manifold), sistem suntikan minyak baharu serta pengecas turbo Variable Geometry (VGS) yang menjadikan enjin lebih responsif dalam julat yang lebih luas.

Dengan gabungan komponen enjin yang kurang geseran serta disaluti Molybdenum dan Graphite, enjin 1.9 liter Blue Power dapat memberikan lebih daya tahan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan tekanan pada komponen.

Ini menyumbang kepada pengurangan berat enjin sehingga 56 kg, menjadikan D-Max 1.9 liter Blue Power antara trak pikap yang boleh diharap dan paling mampu milik di dalam pasaran tempatan ketika ini kerana kos selenggara dan cukai jalannya yang rendah. Semua model Isuzu D-Max termasuk 1.9 liter Single Cab didatangkan dengan tempoh jaminan lima-tahun atau 150,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply