ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ibu pejabat serantau Hyundai di Malaysia berpindah ke Indonesia

Berita Tempatan

Views

Hyundai Motor Corporation bakal memindahkan ibu pejabat serantaunya di Petaling Jaya ke Indonesia. Menurut sumber Berita Harian, Hyundai Motor sudah menutup ibu pejabatnya di Mutiara Damansara pada 31 Disember lalu susulan insentif lebih menarik yang ditawarkan negara republik itu bagi pembangunan kenderaan elektrik (EV).

Kata sumber itu, pemindahan operasi Hyundai Motor tiada kena mengena dengan peranan Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) sebagai pengedar sah dan pengimport eksklusif jenama tersebut di Malaysia. Berdasarkan beberapa laporan media, gergasi automotif Korea Selatan yang juga prinsipal jenama Hyundai sedang memindahkan beberapa bahagian termasuk Akademi Latihan Hyundai dengan prosesnya selesai menjelang akhir tahun ini.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Ibu pejabat Hyundai Motor bagi Asia Pasifik dibuka pada 2015 dan beroperasi sebagai pusat latihan teknikal, latihan kemahiran dan pemasaran bagi jenama itu di rantau ini. Syarikat itu juga membuka Akademi Latihan Hyundai yang menawarkan latihan kepada pelatih pusat pengedaran di Asia Pasifik yang merangkumi 33 negara di rantau ini.

November lalu, Hyundai Motor memeterai perjanjian awal untuk membina kilang pengeluaran baharu di Indonesia dengan pelaburan berjumlah AS$1.55 bilion (RM6.24 bilion) membabitkan perancangan sehingga 2030. Kilang yang terletak di Kompleks Perindustrian Deltamas, berhampiran Jakarta dijangka memulakan operasi pada separuh kedua tahun depan.

Ketika ini kerja-kerja pembinaan sudah mencapai kemajuan 60 peratus. Memetik laporan media asing, kilang berkenaan dijangka mengeluarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sedan. Selain itu, kemudahan baharu Hyundai Motor juga dijangka menghasilkan kereta hibrid dan EV pada masa depan.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Kilang berkenaan juga dikatakan mampu mencapai kapasiti pengeluaran tahunan 150,000 unit dengan separuh daripadanya untuk pasaran eksport. Malah, laporan media asing turut menyebut Hyundai Motor sedang mempertimbang untuk meningkatkan had pengeluaran kepada 250,000 unit bergantung kepada situasi.

Kemudahan di Jakarta itu juga dijangka memacu penguasaan pasaran Hyundai di pasaran Asia Tenggara kepada 25 peratus. Sebelum ini, syarikat berkenaan menyatakan hasrat untuk menjadikan Indonesia sebagai hab pengeluaran bagi menghasilkan dan menjual EV di Asia Tenggara.

Jualan tahunan kereta di Indonesia mencecah sejuta unit, sekali gus menjadikan negara berkenaan sebagai pasaran kereta terbesar di antara negara Asia Tenggara. Selain Hyundai, Toyota Motor Corporation juga merancang untuk melabur AS$2 bilion (RM8.05 bilion) di Indonesia bagi membangunkan EV bermula tahun lalu hingga 2023 dengan sebagai permulaan membabitkan pengeluaran kenderaan hibrid.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply