ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Hyundai Elantra baharu kini dibuka

Berita Tempatan

Views
Elantra - Now Open for Booking

Hari ini Hyundai Malaysia mengumumkan tempahan model Elantra serba baharu dibuka secara rasmi. Sedan sport yang direka dengan tema ‘Parametric Dynamics‘ dijangka bakal dilancarkan secara rasmi hujung tahun ini. Menurut laman sesawang rasmi Hyundai Malaysia, harga anggaran model ini akan bermula dari RM 1XX,888.00.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Pelanggan yang berminat untuk memilik sedan segmen-C ini hanya perlu membayar yuran tempahan hanya RM 777 yang boleh dibuat di mana-mana bilik pameran Hyundai di seluruh negara atau layari www.hyundai.com.my untuk maklumat yang lebih lanjut.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Elantra baharu dijana oleh enjin aspirasi normal (NA) 1.6 liter Smartstream empat-silinder petrol yang mampu menghasilkan 123PS kuasa pada 6,300rpm dan daya kilas puncak 154Nm pada 4,500rpm. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi Smartstream IVT lapan-kelajuan.

Model ini turut dilengkapi ciri keselamatan terkini yang dikenali sebagai Hyundai Smart Sense yang merangkumi Bantuan Hindar Perlanggaran Berhadapan (FCA), Pemantauan Titik Buta (BCA), Kawalan Jelajah Pintar (SCC), Bantuan Hindar Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW) dan Bantuan Kekal Lorong (LFA).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply