ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kit badan Myvi GR bakal direalisasikan!

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang pastinya bakal mengujakan pemilik Myvi generasi ketiga! Nampaknya idea ‘King’ dengan kit badan GR seperti yang telah digambarkan oleh ‘mahaguru’ manipulasi foto Theophilus Chin dalam artikel sebelum ini bakal menjadi kenyataan.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Projek kit badan kustom Myvi GR itu kini sedang dipersiapkan oleh syarikat pengeluar kit badan tempatan di Kajang, iaitu JW Bodykits Accessories. Menerusi satu hantaran ringkas, laman Facebook rasmi syarikat tersebut mula menayangkan prototaip bampar depan kit badan Myvi GR yang masih lagi belum siap sepenuhnya.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Projek ini masih lagi dalam peringkat ujian dan belum berada di pasaran. Tidak dipastikan jenis bahan yang digunakan untuk membuat kit badan Myvi GR itu dan harganya juga masih belum diumumkan. Hantaran tersebut mendapat sambutan hangat dari pemilik Myvi generasi ketiga yang rata-rata sangat berminat dengan kit badan tersebut.

Setakat artikel ini ditaip, hantaran tersebut telah mendapat lebih 218 komen dan 502 perkongsian dari warganet. Kami akan cuba mendapatkan info terkini mengenai perkembangan projek ini dari semasa ke semasa, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JW Bodykits Accessories

Myvi GR versi Theophilus Chin

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply