ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Ibu segala trak” berwajah baharu – Nissan Navara PRO-4X dipertontonkan, bakal dilancar 16 April

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) siang tadi mempertontonkan “Ibu segala trak” yang berwajah baharu, Nissan Navara PRO-4X . Model yang bakal dilancarkan pada 16 April nanti yang tampil dengan gaya lebih lasak dan radikal menerusi jeriji hadapan yang diilhamkan dari trak pikap, Nissan Titan.

Empat pilihan warna ditawarkan, iaitu Stealth Grey, Burning Red, Pearl White dan Black Star. Buat masa ini ETCM masih merahsiakan harga model dan ia bakal diumumkan semasa pelancarannya nanti. Dari segi reka bentuk luaran, wajah model ini sememangnya lebih agresif dengan jeriji dengan kemasan hitam yang tertera nama Navara.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Lampu utamanya menggunakan jenis Quad LED Projector bersama lampu siang (DRL) berbentuk huruf-C. Bampar depannya nampak lebih sporty dan disertakan dengan plat gelincir besar bersama penutup cangkuk tunda kemasan berwarna merah. Di belakang, lampu LEDnya turut menggunakan rekaan berbentuk huruf-C. dan pintu belakangnya juga terpapar nama Navara.

Gaya lasak trak pikap ini diserlahkan lagi dengan penggunaan rim aloi bersaiz 17-inci kemasan hitam yang dibaluti tayar jenis segala-permukaan (all-terrain). Ruang kabin Navara PRO-4X dikatakan lebih senyap menerusi penggunaan cermin utama dan tingkap hadapan akustik. Tempat duduk hadapannya pula diinspirasikan daripada teknologi graviti sifar dengan kemasan kulit.

Paparan meternya menggunakan kombinasi analog dan digital dengan paparan pelbagai-info bersaiz 7-inci manakala unit infohiburan dilengkapi skrin sesentuh bersaiz 8-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Anda tidak perlu bimbang untuk mengecas peranti pintar kerana trak pikap ini dilengkapi empat port USB.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Navara PRO-4X dikuasakan oleh enjin diesel 4-silinder turbo DOHC berkuasa 187 kuasa kuda pada 3,600rpm dan  450Nm daya kilas pada 2,000rpm. Enjin ini disambungkan kepada transmisi automatik 7-kelajuan dengan mod manual.

Dari segi keselamatan, Navara PRO-4X dilengkapi dengan Brek Kecemasan Hadapan Pintar, Amaran Pemandu Pintar, Bantuan Lampu Tinggi, Amaran Tukar Lorong, Amaran Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Pengesan Objek Bergerak Pintar, Sistem Brek Anti-Kunci, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Kestabilan Kenderaan dan Sistem Kawalan Cengkaman.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi Monitor Pandangan Keliling Pintar dan mod pemanduan off-road. Antara ciri baharu pada model trak pikap ini adalah sistem Electronic Locking Rear Differential, Trailer Sway Assist, Tailgate Assist serta Integrated Rear Bumper Step.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply