ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peningkatan jumlah trafik secara mendadak – Sistem MyBayar Saman ‘alami masalah teknikal’

Berita Tempatan

Views

Sistem portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman yang dilancarkan petang semalam, kini sedang mengalami gangguan teknikal berikutan kebanjiran jumlah trafik yang naik secara mendadak dalam satu-satu masa berikutan orang ramai mahu mendapatkan diskaun saman 50 peratus bermula 25 Mac 2021 hingga 11 April 2021.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Hebahan mengenai perkara tersebut telah diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), sejak pagi tadi. Buat masa ini, kapasiti pelayar (server) sedang dinaik taraf dan pihak JSPT akan memaklumkan semula perkhidmatan pembayaran kompaun saman pula pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh mendaftar sebagai pengguna baharu dan membuat semakan saman. Kepada pengguna yang mengalami masalah penerimaan resit selepas pembayaran dibuat, sistem akan menghantar resit bayaran terus kepada alamat email masing-masing setelah proses naik taraf selesai.

Pihak JSPT memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai dan mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar kompaun saman yang telah mengambil kesempatan ini untuk menyelesaikan saman masing-masing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply