ARKIB

KATEGORI

Buletin

ICON – SUV kompak terbaharu Geely dilancarkan

Berita Global

Views

Geely Auto secara rasminya melancarkan SUV kompak terbaharunya, Geely ICON secara atas talian yang disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh China. Model yang paling dinantikan itu setakat ini telah menerima lebih 30,000 tempah sejak pratempahannya secara atas talian diumumkan.

ICON dengan gaya minimalis ini mula dipertontonkan dalam bentuk model konsep yang dikenali, Concept ICON di Beijing Auto Show 2018. Ia tampil dengan rekaan yang melangkaui trend reka bentuk SUV tradisional dan mendapat sentuhan dari lima pusat reka bentuk global Geely. Penggayaan luaran dibangunkan oleh pasukan pereka di studio reka bentuk Geely, California.

Rekaan dalamannya pula telah dibangunkan oleh studio reka bentuk Geely, Barcelona dengan kedua-dua rekaan ini telah diperhalusi semula dan dimuktamadkan di studio reka bentuk Geely, Shanghai. Gaya minimalis  yang diterapkan pada ICON mewakili wawasan reka bentuk masa depan syarikat itu yang membayangkan jenama tersebut akan kembali melihat kepada asas reka bentuk.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Di bahagian luar, susun atur lampu depan telah digubah dari gelung infiniti, simbolik kepada masa, sekali gus mencipta rekaan terpisah yang unik. Ia bukan sahaja sedap mata memandang malah meningkatkan kecekapan pencahayaan sehingga 30 peratus dan memanjangkan jarak penglihatan jalan kepada 165 meter.

Walaupun kelihatan minimalis secara visual, ICON turut memberi tumpuan pada teknologi seperti pemegang pintu pintar yang hanya timbul apabila penggunanya mendekati dan menyorok kembali apabila mereka meninggalkannya. Ini telah berjaya mengekalkan imej visual yang bersih semasa ia bergerak atau di parkir.

Rekaan minimalis turut berkesinambungan ke ruang kabin dengan rekaan berinspirasikan analog berjaya menjadikannya sangat futuristik. Simbol masa sekali lagi kelihatan pada corong pendingin hawa dan konsol tengah, Papan pemukanya turut dilengkapi dengan dua paparan skrin bersaiz 10.25 inci yang berfungsi sebagai panel informasi dan unit infohiburan.

Pengguna boleh berinteraksi dengan ICON dan berhubung dengan dunia luar menerusi Ekosistem Pintar Geely GKUI. ICON merupakan yang pertama dalam segmennya yang menggunapakai teknologi hibrid ringan 48V yang hanya menggunakan bahan bakar purata 5.7 liter bagi setiap 100km. Sistem 48V ini digandingkan bersama enjin 1.5T yang menawarkan 130kWh kuasa dan 255Nm daya kilas dalam bentuk asas.

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

Tambahan sistem 48V akan memberikan lebih 10kWh kuasa dan 45Nm daya kilas, dengan jumlah keseluruhan 140kWh kuasa dan 300Nm daya kilas. ICON dilengkapi dengan transmisi 7-kelajuan Dwi Klac yang membolehkannya memecut dari 0-100km hanya dalam masa 7.9 saat. Bukan sekadar menjadi pencetus trend reka bentuk, ICON didatangkan dengan penanda aras dalam teknologi pintar.

Ia dilengkapi dengan teknologi pemanduan pintar L2+ yang menggunakan 12 radar ultrasonik, radar gelombang millimeter dan lima kamera berdefinisi tinggi. Selain itu, ia dilengkapi dengan kawalan jelajah pintar (ICC), bantuan kekal lorong (LKA), brek kecemasan automatik dan pengecaman pejalan kaki (AEB-P), parkir automatik satu-butang (APA) dan banyak lagi.

Dari segi keselamatan, ICON mempertingkatkan lingkaran pengecaman keselamatan Geely 360 °  dengan tambahan 180°. Selain boleh menyaksikan imej panorama 360° kenderaan pada skrin, pemandu juga boleh melihat pandangan 180° dari sisi, hadapan atau belakang kereta, sekali gus menghilangkan semua titik buta dari pandangan pemandu.

Apa yang lebih menarik, dalam respon mereka untuk menangani wabak Coronavirus (Covid-19), Geely Auto telah membangunkan Sistem Pembersih Udara Pintar (IAPS) baharu yang menerima pengiktirafan N95 dalam tempoh yang singkat. Sistem ini berfungsi bersama dengan pendingin hawa untuk mengasingkan dan menyingkirkan unsur yang memudaratkan dalam udara kabin termasuklah bakteria dan virus.

Menurut Presiden dan CEO Geely Auto Group, An Conghui, pelancaran ICON bukan sahaja mempamerkan kekuatan teras rangkaian pembangunan global Geely, malah ia turut menunjukkan tahap pemikiran ke hadapan dan menunjukkan masa depan digital berteknologi tinggi. Katanya lagi, Geely ICON akan menjadi ikon kepada SUV global dan Geely Auto juga bakal mejadi ikon dalam teknologi dan jenama automotif global.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply