ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dah empat kali kejadian ‘kereta terbang’ rupanya…

Berita Tempatan

Views

Tiga sekeluarga yang sedang menyediakan sarapan dikejutkan dengan bunyi dentuman sebuah kereta yang terbabas dan merempuh pagar sebuah rumah di Kampung Nerasau di Rembau, semalam. Menurut K! ONLINE, dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Proton Wira Aeroback yang dipandu seorang wanita hilang kawalan semasa melalui selekoh di kampung berkenaan sebelum ‘terbang’ menyebabkan tiang dan anjung rumah penduduk runtuh.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Penduduk, Maimon Jagal, 66, berkata, semasa kejadian, dia yang mahu menggoreng keledek segera membuka pintu bagi melihat kejadian yang berlaku selepas terdengar bunyi kuat. Katanya, sebaik pintu dibuka, dia ternampak sebuah kereta terbalik dan enjinnya mula berasap. Dia kemudiannya memanggil suami, Baharuddin Ariffin, 67, untuk melihat kejadian itu.

Tambahnya, mujur ada orang datang memecahkan cermin kereta tersebut bagi mengeluarkan peman­dunya. Maimon memberitahu, kejadian kereta terbabas dan ‘terbang’ semalam itu adalah yang keempat berlaku sejak rumah mertua­nya dibina di kawasan tersebut lebih 40 tahun lalu.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Jelas wanita itu, dia baru setahun menetap di rumah itu bagi menjaga ibu mertuanya yang uzur. Kali terakhir kejadian kereta ‘terbang’ dilaporkan berlaku di kawasan itu 15 tahun lalu. Ujarnya, sudah dua kali atap rumah runtuh akibat dirempuh kereta. Namun, apa yang penting keluarga mertuanya selamat,

Difahamkan, pemandu kereta yang dalam perjalanan dari Pe­das ke Semerbok di sini telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Penduduk kampung itu turut merayu pihak bertanggungjawab supaya membina bonggol di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian yang sama berulang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mer’a’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply