ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Edisi ke-30 Cub Prix Malaysia, hadiah melonjak 50 peratus

Berita Tempatan

Views

Hadiah wang kemenangan bagi Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023 meningkat hampir 50 peratus sempena sambutan edisi ke-30 perlumbaan dua roda itu.

Menurut Harian Metro, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata hadiah keseluruhan bagi 10 pusingan musim ini mencecah hampir RM500,000, tidak termasuk bonus kemenangan daripada pasukan.

Beliau berkata, saingan bagi 2023 juga bakal menjadi sengit dengan kehadiran beberapa pasukan baharu, selain penggunaan teknologi suntikan bahan api (fuel injection) bagi kelas Wira menjadi jentera kelas nasional ketiga untuk beralih ke teknologi tersebut.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

“Kita ada perancangan besar untuk lima hingga 10 tahun akan datang, iaitu kita nak beri lebih banyak peluang kepada pelumba Malaysia untuk pergi ke peringkat antarabangsa. Satu daripada masalahnya sekarang adalah kos, jadi sebaik-baiknya kita boleh beri latihan kepada mereka di Malaysia (menerusi Cub Prix).

“Jadi, apabila mereka pergi ke peringkat lebih tinggi, terus boleh bersaing pada tahap tinggi, kerana tiada siapa melihat ke belakang… perlu sentiasa di atas, jika tidak, penajaan akan kurang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan 30 tahun Kejuaraan Cub Prix, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ron berkata komuniti Cub Prix di Malaysia besar, melibatkan lebih kurang 1,500 pelumba, mekanik, anggota pasukan, marshal dan krew pada satu-satu minggu perlumbaan.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak membantu perlumbaan itu berlangsung sejak 1994 menerusi penajaan daripada pihak swasta, terutamanya Petronas yang menjadi penaja utama selama 20 tahun.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuji penganjur yang mampu menjana pendapatan sendiri untuk meneruskan perlumbaan tanpa bantuan kewangan daripada kerajaan, sesuatu patut dicontohi oleh badan-badan sukan lain.

Yeoh berkata beliau juga telah mengarhkan pihak di kementeriannya untuk mengurangkan karenah birokrasi dalam mendapatkan kelulusan bagi menganjurkan pertandingan sukan.

Perlumbaan Cub Prix musim ini akan bermula dengan pusingan pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara pada 25-26 Feb, diikuti perlumbaan di Jempol (11-12 Mac), pusingan ketiga pada 27-28 Mei yang belum ditentukan lokasinya dan SIC Selatan (10-11 Jun).

Perlumbaan kemudian akan bersambung di Litar Lumba Tangkak pada 8-9 Julai, Litar Perlumbaan Terengganu (21-22 Julai), Teluk Intan (2-3 Sept), Litar Perlumbaan Terengganu (22-23 Sept) dan Litar Lumba Tangkak (21-22 Okt), sebelum tamat di Batu Kawan pada 25-26 Nov.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KBSMalaysia

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply