Belum lagi reda kehangatan Axia serba baharu, kini ejen perisik kami, Mat Bond kembali dengan membawakan satu berita terhangat minggu ini.
Menurutnya, ada desas-desus mengatakan, Perodua sedang membangunkan model ‘ikonik’ mereka, iaitu Myvi yang akan memasuki generasi keempatnya (G4). Dikatakan Myvi G4 itu nanti bakal dilancarkan pada 2025.
Mungkin kehadiran Myvi G4 itu nanti akan merungkai segala persoalan, mengapa Toyota hanya memperkenalkan Yaris minorchange/facelift sahaja di Thailand baru-baru ini, dan bukannya model serba baharu seperti versi sedannya, iaitu Vios.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Dikhabarkan, Myvi G4 akan dilancarkan terlebih dahulu ke pasaran Malaysia dan ia akan di’tukar lencana’ menjadi Toyota Passo/Yaris/Daihatu Sirion kemudian.
Myvi G4 akan dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan akan ditawarkan dengan pilihan enjin 1.5 liter sahaja (berkemungkinan enjin 1.5 liter 2NR-VE Dual-VVTi).
Apa yang lebih mengujakan, Myvi G4 akan turut ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa hibrid. Walaubagaimanapun, varian 1.3 liter tidak lagi akan ditawarkan pada model generasi baharu itu nanti.
Jika dilihat kepada generasi semasa Myvi adalah hasil rekaan sepenuhnya dari Perodua. Maka dengan itu, tidak hairanlah jika Toyota dan Daihatsu sekali lagi ‘memberi mandat‘ kepada anak tempatan untuk menggayakan generasi baharu Myvi.
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
Selain itu, ada beberapa informasi menarik yang turut dikongsi oleh Mat Bond. Katanya, buat permulaan Perodua hanya akan menawarkan versi enjin aspirasi alami (NA) untuk model SUV kompaknya, D66B yang dijadualkan pada pertengahan tahun hadapan.
Tambah Mat Bond, 2024 merupakan tahun yang ‘padat’ buat Perodua kerana selain D66B dan Myvi G4, model Ativa juga akan tiba ke fasa pertengahan hayat atau facelift. Untuk tahun ini (2023), akan ada satu lagi model yang akan diperkenalkan, iaitu Aruz facelift.
Besar kemungkinan model generasi baharu Bezza akan tiba lebih lewat bagi memberi laluan kepada “King”. Mengikut jangkaan, ia mungkin akan tiba dalam tahun yang sama dengan Axia facelift.
Ia dijangka akan ditawarkan dengan satu lagi pilihan enjin, iaitu 1.2 liter WA-VE tiga-silinder DOHC Dual VVT-i, sama seperti kembarnya di Indonesia iaitu, Daihatsu Ayla.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan, kredit Idiyaz Baharuddin, Theophilus Chin dan Saharudin Busri
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
KOMEN TERKINI