ARKIB

KATEGORI

Buletin

Incredible Hearts PLT menang geran RM177,179 daripada Dana Impak Sosial Allianz 2023

Berita Tempatan

Views

Rakan kongsi sosial Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), Incredible Hearts PLT (IH), baru-baru ini telah memenangi geran sejumlah €34,990 (kira-kira RM177,179) daripada inisiatif Dana Impak Sosial Kumpulan Allianz 2023 dalam kategori Acceleration dan MoveNow.

Dana Impak Sosial ialah program utama Kumpulan Allianz yang menawarkan peluang strategik kepada entiti operasi Allianz di seluruh dunia untuk menerima pembiayaan untuk aktiviti Kewarganegaraan Korporat tempatan mereka.

Inisiatif MoveNow turut disematkan dalam Dana Impak Sosial 2023 dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa bagi meningkatkan moto Sukan Olimpik iaitu “gerakkan badan, minda dan jiwa!”.

IH dan Allianz Malaysia adalah antara 19 pemenang daripada 34 pemohon dari seluruh dunia. IH akan melaksanakan projeknya iaitu, Modul Celik Kewangan & Keusahawanan Sosial. Projek selama tiga tahun itu dijangka bermula pada suku ketiga 2023 di Pulau Tuba, Langkawi.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia akan menumpukan pada penggabungan dalam Celik Kewangan dan Keusahawanan Sosial ke eko-pendidikan dan berasaskan tempat, disokong oleh pendidikan tersuai dan berasaskan permainan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran sambil menghidupkan semula motivasi pelajar terhadap pembelajaran, selepas pandemik.

Kem Lumba Usahawan Muda pula merupakan program eksplorasi selama tiga hari dua malam yang mengetengahkan prinsip keusahawanan dan manfaat bersukan akan dijalankan untuk 80 orang murid sekolah rendah di pulau itu.

Cabang tanggungjawab sosial korporatnya, Allianz4Good telah bekerjasama dengan IH sejak November 2022 untuk melancarkan Program Eko-Pendidikan dan Literasi Sekolah Belantara di Pulau Tuba yang melibatkan 40 orang pelajar sekolah rendah berumur antara 10 hingga 12 tahun dari Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba.

Ketua Allianz4Good, Ng Siew Gek berkata IH dipilih kerana pengalamannya yang luas dalam memperkasakan pelajar dan masyarakat di kawasan luar bandar termasuk komuniti pulau.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambah beliau, pihaknya percaya IH adalah rakan kongsi yang tepat yang boleh melaksanakan rancangan yang kami ada, dan menyediakan latihan yang bermanfaat untuk pelajar di Pulau Tuba.

Tambahan pula, IH mampu menyediakan pendekatan pembelajaran yang inovatif dan menyeronokkan untuk pelajar, termasuk projek mini, seni persembahan, dan permainan yang masih selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Malaysia.

Kakitangan Allianz Malaysia juga akan menjadi sukarelawan dalam program ini melalui sesi perkongsian dengan para pelajar, serta semasa penyampaian modul kewangan di lapangan dan Kem Lumba Usahawan Muda.

Allianz Malaysia telah menyokong komuniti Pulau Tuba sejak 2019. Pada tahun itu, Allianz Malaysia memulakan projek untuk menubuhkan sebuah pusat komuniti di pulau itu dengan tujuan untuk meningkatkan tahap celik huruf dan akses kepada pendidikan berkualiti dalam kalangan masyarakat setempat.

Pada 2022, Allianz Malaysia menganjurkan misi bantuan banjir di Pulau Tuba dengan sokongan daripada Malaysia International Search and Rescue (MISAR).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply