Zontes Distribution Sdn Bhd, anak syarikat Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi motosikal Zontes di Malaysia, telah melancarkan skuter maxi Zontes 350 Series baharu, baru-baru ini.
Skuter 350 Series ini dilengkapi teknologi terkini dan pelbagai ciri premium yang lazimnya hanya terdapat pada motosikal yang lebih berkuasa, tetapi pada harga yang berpatutan.
Menurut Pengurus Pemasaran Zontes Distribution, Joey Chia, skuter didatangkan dengan reka bentuk yang mengagumkan, spesifikasi yang terbaik serta kualiti dan kemasan yang unggul.
Zontes 350 Series ditawarkan dengan dua pilihan varian. Berikut adalah senarai varian dan harga jualannya:
- Zontes 350 Series 350D – RM23,800
- Zontes 350 Series 350E – RM25,800
Kedua-dua varian dijana oleh enjin silinder tunggal 349cc yang menggunakan sistem penyejukan cecair dan pancitan bahan api yang menghasilkan 36 kuasa kuda dan 38Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi CVT.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Skuter ini didatangkan dengan waranti am selama dua tahun atau 20,000km dan sehingga tiga tahun atau 30,000km bagi komponen enjin, tertakluk kepada terma dan syarat.
Direka untuk mobiliti di bandar, model 350D yang lebih ‘langsing’ dan ringan ini mempunyai berat 190 kg dan merupakan antara yang mempunyai nisbah kuasa kepada berat yang tertinggi dalam kelasnya.
Ia dilengkapi tangki bahan api 12 liter dengan anggaran jarak tunggangan sejauh 400 km dalam mod ECO. Pengendalian model 350D kini lebih tangkas dengan suspensi yang selesa, selain daya pecutan yang bagus dan jimat bahan api.
350D boleh didapati dalam pilihan warna perak dan hitam. Model 350E pula dilengkapi jarak antara roda yang lebih panjang iaitu 1,565mm (berbanding 1,405mm bagi 350D).
Selain itu, ia turut dilengkapi tangki bahan api 16 liter yang lebih besar (jarak perjalanan sejauh 457km dengan tangki penuh) dan lebih berat pada 203 kg, lebih sesuai untuk perjalanan jauh dan dijual pada harga RM25,800.
Ruang simpanan tempat duduknya yang mempunyai kapasiti 50 liter boleh memuatkan dua topi keledar ‘full-face‘, manakala dua ruang simpanan kalis air yang besar di bahagian depan pula dapat memuatkan empat botol air 500ml dengan sedikit lebihan ruang.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Pemegang aloi aluminium bersepadu 350E boleh dilaraskan dalam dua gear (depan dan belakang), membolehkan penunggang memilih kedudukan yang lebih selesa, manakala sarungnya yang dipanaskan dapat mengekalkan kelesaan tangan dan jari penunggang dalam cuaca sejuk.
Varian 350E ditawarkan dengan pilihan warna putih dan hitam. Kedua-dua varian turut dilengkapi sistem kawalan tanpa kunci 3.0, skrin berwarna TFT 6.7-inci, penghadang angin boleh laras secara elektronik dan dua slot pengecasan pantas 18W dengan penyambung jenis A dan C.
Ciri keselamatannya pula merangkumi brek cakera depan dan belakang dengan angkup 4 omboh jenis jejari J Juan, ABS dwi saluran, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan lampu LED OSRAM ultra-terang.
Sempena pelancaran 350 Series, Zontes menganjurkan Peraduan “Memorable Memories Together” bermula 15 Ogos hingga 17 September 2023 bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.
Sila layari pautan https://www.facebook.com/ZontesMy, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan log masuk ke laman Facebook Zontes Malaysia pada 3.00 petang, 18 September 2023 untuk mengetahui siapakah pemenangnya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI