ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siri jerayawara Ford Experience Hub diteruskan ke Queensbay Mall dan Setia City Mall

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), membawa siri jerayawara Ford Experience Hub dengan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu ke dua lokasi pada bulan Ogos dan September.

Siri jerayawara ini berada di Queensbay Mall (Ground Floor, North Atrium) di Pulau Pinang dari 16 hingga 20 Ogos. Seterusnya, dari 20 dan 24 September 2023, Ford Experience Hub akan ke Setia City Mall di Shah Alam, Selangor.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, pelbagai tawaran istimewa hanya ditawarkan di Ford Experience Hub, ini termasuklah:

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

  • Pelanggan yang membuat tempahan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu akan menerima sehelai T-shirt edisi istimewa yang berinspirasikan Baja 1000 semasa penghantaran kenderaan.
  • Pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model Ranger Generasi Baharu lain akan mendapat beg duffle percuma semasa penghantaran kenderaan.
  • Pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model Everest Generasi Baharu akan menerima sebuah kerusi perkhemahan premium semasa penghantaran kenderaan.
  • Pelanggan yang membuat tempahan Ford Ranger Getaways akan mendapat hadiah segera berupa cawan keluli.

Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Generasi Baharu masih akan menikmati diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways.

Tawaran ini hanya terdapat di Ford Experience Hub, sah sehingga 31 Ogos 2023 dan boleh digunakan semasa penghantaran kenderaan. Pengunjung juga boleh melayari dan membeli pelbagai barangan gaya hidup Ford terkini di sana.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bukan itu sahaja, pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang Ford Ranger Getaways yang tersedia dari Ford Concierge, cara membuat tempahan, dan mendapatkan cawan keluli secara percuma.

Pemilik Ford Ranger generasi baharu boleh mempelajari lebih lanjut tentang Ford Inner Circle dan manfaat yang menanti mereka.

Antaranya adalah taklimat penyegaran dan sesi individu dengan Pakar Ford, serta diskaun 30 peratus untuk Ford Ranger Getaways dengan kod kad istimewa mereka.

Ford Ranger Getaways dan Ford Inner Circle merupakan inisiatif yang dikendalikan oleh SDAC yang hanya disediakan untuk pelanggan di Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual dan lokasi jelajah pameran Ford Experience Hub di seluruh negara, sila layari laman sesawang Ford Experience Hub.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply