ARKIB

KATEGORI

Buletin

Industri automotif antara sektor ekonomi yang diberi kebenaran beroperasi secara berfasa oleh MITI

Berita Tempatan

Views

Kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan beberapa sektor ekonomi tambahan beroperasi secara berfasa dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat. Antara sektor yang diberi kebenaran beroperasi termasuklah industri automotif, yang terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya (CBU), peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Pihak syarikat di dalam sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi WAJIB mematuhi syarat-syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Selain pematuhan kepada syarat-syarat dan garis panduan yang diperketatkan ini, kebenaran beroperasi juga tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan yang berkaitan dari semasa ke semasa.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Kegagalan syarikat untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta dan berdepan dengan tindakan undang-undang mengikut Akta semasa. Syarikat-syarikat yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula hari Isnin, 13 April 2020, dari jam 9.00 pagi.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my. Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply