ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Treler pengangkut Nissan Kicks facelift 2020 dikesan di Thailand

Foto Intip

Views

Portal permotoran dari Thailand, HeadlightMag baru-baru ini telah menyiarkan beberapa foto intip Nissan Kicks ePower (versi minorchange/facelift 2020) yang dikesan di atas treler pengangkut. Difahamkan model tersebut sedang menuju ke bilik pameran di sekitar negara tersebut. meskipun pelancarannya telah ditunda ke bulan Mei akibat pandemik COVID-19.

Model ini nanti bakal berentap dengan beberapa model crossover / SUV kompak seperti MG ZS, Toyota C-HR, dan Mazda CX-3. Mengikut perancangan asal, Kicks facelift sepatutnya membuat pengenalan global pertamanya pada bulan ini dan ia akan turut menerima varian dengan penjana terbaharu e-Power range-extender.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Model tersebut telah beberapa kali dikesan melakukan ujian sejak 2019 dan sepatutnya membuat kemunculan sulung di Bangkok International Motor Show 2020 bulan lalu. Walaubagaimanapun, berikutan situasi wabak COVID-19 yang kian meruncing, Nissan terpaksa mengubah perancangan dan menunda tarikh tersebut.

Dari segi reka bentuk, model Kicks facelift ini akan menerima lampu hadapan jenis LED yang lebih tajam, lampu belakang LED, jeriji V-Motion dengan gaya yang lebih moden, rim aloi rekaan baharu dan ruang kabin yang dipertingkatkan.

Nissan Motor Thailand dijangka akan memperluaskan pengeluaran tempatan ke kenderaan hibrid elektrik (HEV) dan bateri untuk kenderaan elektrik (EV) dengan jumlah pelaburan sebanyak 10.96 juta baht tahun ini. Kilang pengeluaran di Wilayah Samut Prakan akan mengeluaran kenderaan yang dilengkapi dengan teknologi e-Power yang asalnya dihasilkan di Jepun.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Sebenarnya, Kicks e-Power bukanlah kenderaan elektrik sepenuhnya kerana ia masih mempunyai enjin petrol. SUV kompak ini mempunyai teknologi EV yang dipinjam dari sepupunya, Leaf dan digandingkan dengan enjin petrol yang mengecas bateri, sekali gus menghilangkan keperluan pengecas luaran. Ia merupakan jenis kenderaan hibrid siri.

Kicks dengan sistem e-Power mempunyai pemacu motor elektrik sepenuhnya, ini bermakna roda didorong sepenuhnya oleh motor elektrik. Bateri dan penjana disepadukan dengan enjin petrol, generator kuasa, penyongsang dan motor.

Di Malaysia kita masih lagi menunggu ketibaan model Kicks yang dijangka diperkenalkan pada suku ke-4 tahun 2020. Kami menjangkakan Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd (ETCM) akan terus membawa masuk versi Kicks facelift ke pasaran Malaysia, memandangkan ia akan dilancarkan di Thailand tidak lama lagi. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply