ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Fakta ringkas mengenai JPJePlate yang anda perlu tahu

Info

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) hari ini memperkenalkan ‘JPJePlate‘ yang merupakan plat nombor yang direka khas untuk merevolusikan industri pengangkutan.

Plat nombor JPJePlate adalah bertujuan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dengan peningkatan keterlihatan (reflektif retro) pada waktu malam bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Infografik plat nombor JPJePlate

Plat nombor JPJePlate dijual harga RM98/set. Setiap set mengandungi:

  • Satu (1) plat hadapan kenderaan
  • Satu (1) plat belakang kenderaan
  • Satu (1) pelekat RFID cermin depan
  • Termasuk penghantaran standard ke pusat pemasangan yang sah

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Untuk fasa pertama, pembekalan plat nombor JPJePlate dimulakan sebagai Projek Perintis (Pilot Project) oleh syarikat Handal Ceria Sdn.Bhd. yang menumpukan penggunaan dan pemasangan kepada kenderaan tanpa pelepasan gas pencemaran atau Zero Emission Vehicle (ZEV) yang baharu.

Plat nombor JPJePlate hadapan

Terdapat sembilan (9) ciri yang ada pada plat nombor JPJePlate iaitu:

  • Bendera Malaysia
  • Kod nombor pendaftaran kenderaan antarabangsa dan singkatan untuk negara Malaysia (MAL) yang dicetak timbul (embossed)
  • Warna disebelah kiri plat yang membezakan penggunaan bahan bakar kenderaan. Contoh: warna hijau untuk FEV
  • Jalur holografik
  • Foil anti pemalsuan
  • Tandatangan digital (Kod QR)
  • Nombor siri yang diukir dengan laser
  • RFID terbenam
  • Skru keselamatan untuk pemasangan

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Plat JPJePlate boleh didapati menerusi Pengilang Peralatan Asal (OEM) dan pengedar kereta menerusi https://jpjeplate.jpj.gov.my atau klik di sini mulai 9 September 2024.

Plat nombor JPJePlate belakang

Untuk membuat pesanan plat nombor JPJePlate, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Surat Keputusan Berjayaa Bidaan dari sistem JPJeBid
  • Sijil Pendaftaran Sementara e-Daftar
  • Resit bayaran tempahan nombor pendaftaran yang dibayar melalui Portal mySIKAP awam atau kaunter JPJ

Semua EV baharu yang dihantar dalam minggu bermula 9 September perlu dipasang dengan plat baharu ini. Pemilik EV sedia ada akan dapat membeli JPJePlate yang baharu mulai 9 November 2024.

Plat ini akan dihantar ke pusat pemasangan yang diberi kuasa untuk proses pemasangan. Untuk maklumat lanjut, layari jpjeplate.jpj.gov.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply