ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ laksana JPJePlate bagi kegunaan ZEV

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini melaksanakan rekaan plat khas JPJePlate untuk kegunaan kenderaan tanpa pelepasan gas pencemaran atau Zero Emission Vehicle (ZEV) termasuk kenderaan elektrik (EV) baharu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelaksanaan tersebut merupakan strategi serampang dua mata kerajaan sebagai insentif tambahan demi menggalakkan penggunaan kenderaan ZEV dan meneruskan langkah pendigitalan.

“Bermula hari ini iaitu 9 September, syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan boleh menempah JPJePlate bagi pihak pelanggan yang telah membeli kenderaan ZEV baharu melalui laman sesawang jpjeplate.jpj.gov.my.

“JPJePlate tidak diwajibkan untuk kenderaan ZEV yang sudah berada di atas jalan, namun pemilik yang masih berminat boleh membuat tempahan seawal bulan November. Proses tempahan untuk pemilik semasa yang berminat akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran JPJePlate di Cyberjaya hari ini.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

JPJePlate tampil dengan papan plat berwarna putih dengan tulisan nombor plat berwarna hitam, selain mempunyai satu jalur hijau yang melambangkan kod bagi kenderaan elektrik serta memaparkan bendera Malaysia.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, JPJePlate boleh didapati pada harga RM98 bagi satu set, termasuk plat hadapan, plat belakang, pelekat cermin RFID dan penghantaran.

Jelasnya, JPJePlate menetapkan piawaian baharu untuk keselamatan dan kecekapan jalan raya dengan beberapa manfaat utama termasuk dari segi ciri retro-reflektif, meningkatkan keterlihatan pada waktu malam, membantu mengurangkan kemalangan dan memastikan keselamatan pemanduan yang lebih baik di samping memudahkan tindakan penguatkuasaan.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Selain itu, katanya, plat nombor tersebut dilengkapi dengan ‘hologram anti-pengklonan’ untuk meminimumkan risiko kecurian dan penipuan serta membolehkan kenderaan elektrik dikenal pasti dengan mudah agar protokol keselamatan yang betul digunapakai semasa kecemasan.

“Dengan integrasi Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) melalui teknologi RFID, JPJePlate menyumbang kepada jaringan pengangkutan yang lebih terhubung dan cerdas,” ujarnya.

Katanya lagi, pelancaran JPJePlate tidak melibatkan kenderaan bukan ZEV dan fokus pada ketika ini adalah untuk memastikan pelaksanaan untuk kenderaan ZEV baharu berjalan dengan lancar.

Tambahnya, pelaksanaan tersebut juga merupakan usaha kerajaan untuk melipat ganda usaha dalam memperluaskan pendigitalan, meningkatkan keselamatan jalan raya serta mewujudkan evolusi baharu dalam sistem pengenalan kenderaan (VIS) yang pintar. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pendakwah Teknologi dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply