ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Ini yang perlu anda buat untuk kurangkan tahap anxieti ketika memandu

Info

Views

Baru-baru ini kita digemparkan dengan insiden seorang pengguna jalan raya secara tiba-tiba memberhentikan keretanya di tengah-tengah jalan utama di Jalan Kuching menghala ke Selayang.

Insiden tersebut telah mengakibatkan berlakunya kesesakan lalulintas di laluan berkenaan. Pemilik kenderaan tersebut dikatakan mengalami ‘anxieti‘, telah berjaya dipujuk untuk keluar dari kereta dan kenderaan tersebut kemudiannya telah dialihkan ke bahu jalan.

Oleh yang demikian, kami telah mendapatkan pandangan daripada seorang sahabat lama yang merupakan Doktor Perubatan, iaitu Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan atau (Dr.Chaku) berkaitan dengan isu berkenaan.

Menurut beliau, anxieti semasa memandu merupakan pengalaman yang boleh dialami oleh para pemandu dan ia boleh menjejaskan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Jika anda merasa cemas semasa memandu, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan tahap anxieti:

  • Persiapkan laluan anda: Jika anda cemas tentang tersesat atau menghadapi situasi kesesakan lalu lintas, cuba persiapkan laluan anda dengan terlebih dahulu atau gunakan GPS untuk memandu. Isi minyak siap-siap sebelum memulakan perjalanan.
  • Elakkan memandu dalam keadaan emosi meluap-luap: terlalu marah, terlalu sedih, terlalu runsing, dan sebagainya. Tunggu sehingga emosi reda sebelum memulakan memandu, atau berhenti di tempat selamat untuk bertenang jika sedang memandu.
  • Lakukan senaman pernafasan dalam (deep breathing exercise): Ambil nafas yang perlahan dan dalam, tahan 5 saat, kemudian melepaskannya dengan perlahan. Senaman ini dapat membantu menenangkan dan mengurangkan rasa cemas.
  • Lakukan senaman kesedaran (mindfulness): Namakan 3 benda yang anda lihat, 3 benda yang anda dengar, dan 3 anggota badan anda yang anda boleh sentuh. Ini untuk buatkan anda kembali ke realiti dan tidak berfikir terlalu jauh.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

  • Elakkan membayangkan perjalanan anda akan penuh dengan kesukaran dan cabaran. Elakkan juga fikir tentang pengalaman buruk yang sebelum ini. Tumpukan fikiran pada pemanduan pada waktu semasa (current moment).
  • Hindari gangguan semasa memandu: Jangan lakukan aktiviti yang boleh mengalih perhatian anda semasa memandu, seperti makan, menaip teks, berfikir tentang kerja yang tertangguh, kerja-kerja yang perlu disiapkan di rumah, dan sebagainya.
  • Beri kata-kata perangsang pada diri sendiri: Cuba yakinkan diri anda bahawa anda mampu memandu dengan selamat, dan anda pernah berjaya memandu sebelum ini. Beritahu diri anda “saya boleh memandu ke destinasi dengan selamat”.
  • Fahami bahawa hon adalah cara pemandu komunikasi. Jika anda dihon, tidak semestinya anda berbuat silap atau dimarahi. Ia mungkin sekadar untuk beritahu “saya nak tumpang lalu” atau “hati-hati, ada bahaya”.
  • Jangan terlalu fikirkan pandangan orang terhadap anda. Fokus untuk memandu dengan tenang dan beretika: beri isyarat untuk membelok atau tukar laluan, bertimbang rasa kepada pemandu lain, tidak melayan provokasi, dan lain-lain.
  • Dapatkan bantuan profesional: Jika anxieti anda semasa memandu teruk atau berterusan walaupun telah mencuba strategi-strategi ini. Pertimbangkan untuk mencari bantuan doktor, kaunselor, atau psikologis.

Untuk bacaan tentang antara punca-punca anxieti semasa memandu berlaku, kalian boleh baca penulisan saudara Shafiq Supian (kaunselor) di: https://bit.ly/PuncaAnxietiKetikaMemandu

Kongsikan informasi ini dan semoga ia bermanfaat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply