ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu diserang ‘anxiety’ hentikan kereta tengah jalan hingga berlaku kesesakan

Tular

Views

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya semalam memaklumkan bahawa berlaku satu insiden di mana seorang pengguna jalan raya secara tiba-tiba memberhentikan keretanya di tengah-tengah jalan utama di Jalan Kuching menghala ke Selayang.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Insiden tersebut telah mengakibatkan berlakunya kesesakan lalulintas di laluan berkenaan. Walaubagaimanapun, hasil usaha pantas skuad penyelamat, anggota trafik serta pasukan ITIS DBKL serta dibantu oleh pasukan PDRM, situasi telah dapat dikawal dengan segera.

Pemilik kenderaan tersebut dikatakan mengalami ‘anxiety‘, telah berjaya dipujuk untuk keluar dari kereta dan kenderaan tersebut kemudiannya telah dialihkan ke bahu jalan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberitahu yang ‘anxiety‘ atau ‘serangan panik’ ini bukanlah sesuatu yang mudah dijangka dan boleh menyerang secara tiba-tiba.

Ada yang berkata, jika mereka diserang ‘anxiety‘ badan akan menjadi lemah, menggigil, denyutan jantung menjadi lebih cepat, gagal mengawal emosi dan sukar untuk bertindak secara normal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply