ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO : Kategori jalan raya di Malaysia dan agensi mana yang bertanggungjawab untuk menyenggara

Info

Views

Memandangkan cuti hujung minggu tidak banyak berita mengenai dunia permotoran, kami ingin kongsikan satu informasi berkaitan dengan kategori jalan raya di Malaysia dan agensi mana yang bertanggungjawab untuk menyenggara jalan tersebut.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), jalan raya di negara ini terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:

Lebuh raya bertol

Dikategorikan dibawah jalan Persekutuan dan ia merupakan satu rangkaian lebuh raya moden yang lengkap dengan segala kemudahan serta keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian pengangkutan jalan raya yang cepat, selamat dan cekap. Kod nombornya adalah E1 – E38.

Agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelia dan menyenggara jalan raya bertol ini adalah syarikat konsesi yang membina lebuh raya tersebut dan ia akan dikawal selia oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Jalan persekutuan utama dan jalan masuk ke institusi persekutuan

Jalan ini dibiayai dan disenggara oleh kerajaan persekutuan. Kod nombornya adalah seperti berikut:

  • 1-99 bagi Semenanjung Malaysia
  • 1-920 bagi Negeri Sarawak
  • L700 – L761 bagi Wilayah Persekutuan Labuan
  • 1, 13, 22, 500- 503, 600-608, 1800-1806 bagi Negeri Sabah

Agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelia dan menyenggara jalan raya persekutuan ini adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jalan negeri

Jalan ini disenggara oleh Jabatan Kerja Raya Negeri menerusi peruntukkan dari kerajaan negeri atau Marris. Setiap negeri mempunyai kod jalan yang berbeza, dan berikut adalah kod jalan mengikut negeri:

  • Perak – Bermula dengan huruf A, contoh A4
  • Selangor – Bermula dengan huruf B, contoh B5
  • Pahang – Bermula dengan huruf C, contoh C4
  • Kelantan – Bermula dengan huruf D, contoh D24
  • Johor – Bermula dengan huruf J, contoh J10
  • Kedah – Bermula dengan huruf K, contoh K3
  • Melaka – Bermula dengan huruf M, contoh M4
  • Negeri Sembilan – Bermula dengan huruf N, contoh N6
  • Pulau Pinang – Bermula dengan huruf P, contoh P1
  • Sarawak – Bermula dengan huruf Q, contoh Q7
  • Perlis – Bermula dengan huruf R, contoh R1
  • Terengganu – Bermula dengan huruf T, contoh T10
  • Sabah – Tiada kod nombor, hanya menggunakan jalan/bandar/pekan.

Agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelia dan menyenggara jalan raya persekutuan ini adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jalan raya bandaran

Jalan raya bandaran merupakan jalan raya bagi setiap negeri yang disenggara oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu majlis-majlis perbandaran, dewan bandar raya dan majlis-majlis daerah. Berikut adalah agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelia dan menyenggara jalan raya tersebut:

  • Semenanjung Malaysia – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah
  • Sarawak – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Sabah – JKR Negeri bagi pihak Majlis Perbandaran
  • Wilayah Persekutuan – Perbadanan Labuan

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Jalan kampung

Ia merupakan jalan rangkaian dalaman dalam negeri. Kebanyakan jalan kampung dibina dengan kelebaran di antara 3.0m hingga 5.0m secara berturap atau tidak berturap. Di Malaysia, jalan kampung dibina di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) .

Terdapat beberapa agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelia dan menyenggara jalan raya tersebut seperti:

  • Semenanjung Malaysia – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah
  • Sarawak – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan JKR Negeri
  • Sabah – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah
  • Wilayah Persekutuan – Perbadanan Labuan

Jalan Felda, Lembaga Kemajuan Wilayah dan Kawasan Perindustrian

Jalan Felda dikategorikan dibawah jalan persekutuan. Kebanyakannya terdapat di penempatan FELDA dan FELCRA di Semenanjung Malaysia sahaja. Jalan tersebut dibina oleh FELDA atau FELCRA dan agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelia dan menyenggara jalan raya ini adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Kod nombornya adalah 1000 – 3999.

Jalan Pertanian

Jalan raya ini disenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Kerja Raya (JKR)

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply