ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO: Pencerahan mengenai ‘cukai jalan digital’, biar tahu jangan keliru!

Info

Views

Pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook semalam berkenaan kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai semalam mendapat reaksi ‘bercampur baur’ dari warganet.

Ada yang bersetuju, ada juga yang sebaliknya. Jadi, sehubungan itu menerusi akaun Facebook rasminya, beliau telah memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya, seperti berikut:

Adakah wajib untuk muat turun aplikasi “MyJPJ”?
Tidak. Ia adalah salah satu pilihan sahaja untuk mendapat salinan digital untuk cukai jalan dan lesen memandu.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Kalau tak dapat memuat turun aplikasi MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk cukai jalan digital, adakah saya akan disaman?
Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

Adakah cukai jalan digital dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
Ya. Perlu dibayar. Hanya pelekat yang tak perlu ditampal.

Kalau warga emas yang tiada telefon pintar dan kawasan yang tiada liputan internet, macam mana?
Usah risau, format digital bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan pelekat cukai jalan dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan cukai jalan digital?
Mudah sahaja, cukai jalan digital boleh dicetak pada kertas dan di simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjukkan bukti pun bukan satu kesalahan. Pihak penguatkuasa akan menyemak butiran dalam peranti mereka.

Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?
Seperti mana-mana sistem yang baharu, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama ingga menyebabkan trafik yang sangat tinggi.

Tambah Anthony Loke, beliau sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Malah ada pihak yang tidak akan bersetuju dengan perubahan tersebut.

Beliau bersama-sama pasukannya di Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ministry of Transport Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply