ARKIB

KATEGORI

Tular

Pelajar buang sampah dalam sungai ditahan

Tular

Views

Seorang pelajar yang tular dalam sebuah rakaman video kerana tindakannya membuang sampah ke dalam sungai di Sungai Penaga, Jalan SS13/6, Bandar Sunway telah ditahan, semalam.

Video berdurasi 35 saat itu yang dikesan menerusi Tik Tok memaparkan seorang lelaki menaiki sebuah kereta jenis Perodua Ativa berwarna merah dirakam membuang sampah ke dalam sungai tersebut, kelmarin.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ketua Polis daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun telah tampil menyerah diri, semalam.

Temu bual ke atas suspek mendapati barang yang dibuang ke sungai merupakan makanan iaitu manisan Ladu dan manisan Barfi kegunaan acara sembahyang.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan jika disabitkan dengan kesalahan membuang apa-apa barang keluar dari kenderaan hukuman denda sehingga RM300.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan. Saksi boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply