ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Permukaan hampir rata pada bucu bampar belakang bukan sekadar rekaan, tapi ada fungsi aerodinamik

Info

Views

Dalam artikel dahulu penulis berkongsi informasi berkenaan ‘penjana pusaran‘ atau vortex generator yang disampaikan oleh sahabat kami, Jebat Fadlysham menerusi akaun Facebooknya.

Kali ini individu yang sama juga turut berkongsi satu lagi informasi menarik. Katanya, sejak tahun 2010, kebanyakan bampar belakang kereta direka dengan permukaan hampir rata dibahagian tepi.

Ini secara tidak langsung mewujudkan bucu pada satu sudut. Ciri ini jelas kelihatan pada model Honda Jazz GK, City GM6, Myvi ‘lagi best’, Saga dan juga Almera.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Sebenarnya ini adalah sebahagian dari reka bentuk kejuruteraan yang bertujuan mengoptimumkan aerodinamik sesebuah kereta.

Seorang lagi sahabat kami, Dr Aid Fawzal, memperincikannya lagi dengan berkata, garisan-garisan keras pada bahagian belakang kereta zaman sekarang adalah bertujuan untuk melepaskan angin tepat pada garisan pada setiap kelajuan.

Istilah teknikalnya dipanggil sebagai titik pemisah aliran (flow separation point). Kalau rekaan lama yang membulat, semasa kereta dipandu pada kelajuan rendah, angin akan mengikut lengkung bampar.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Ketika kereta dipandu pada kelajuan tinggi, angin akan lepas awal. Ini akan menimbulkan pengalaman pemanduan yang berbeza-beza disebabkan ada perubahan angin/aerodinamik.

Namun, segalanya terpulang kepada pereka untuk mengadaptasikannya secara langsung atau ‘menaikkan serinya’ dengan menambah ciri lain supaya kelihatan lebih menarik.

Misalnya, meletakkan pemantul cahaya ataupun corong outlet ‘olok-olok’ supaya bumper tidak kelihatan terlalu bersegi dan kosong. Walaubagaimanapun, segalanya bergantung pada bajet/kos juga.

Jika ditambah outlet atau pemantul cahaya, semua itu memerlukan penambahan kos. Lazimnya, bampar yang paling cantik ekslusif untuk varian mercu (flagship) sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply