ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Azkarra – Bo Yue Pro versi Filipina

Berita Global

Views

Setelah melepas untuk ‘merasa terlebih dahulu’ Proton X50 akibat ‘disailang’ oleh Geely Coolray (Bin Yue/SX11), sekali lagi rakyat Malaysia ‘melopong’ kerana model Bo Yue PRO pula bakal dilancarkan di Filipina tidak lama lagi. Menurut portal AutoIndustriya.com, Bo Yue Pro versi Filipina akan dikenali sebagai Azkarra dan nama tersebut pernah digunakan oleh pengedar jenama Geely di pasaran Kuwait.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Azkarra dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter turbo dengan sistem hibrid-ringkas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi klac automatik (untuk varian paling tinggi) serta sistem pacuan semua roda. Ia turut dilengkapi sistem audio dengan skrin sentuh bersaiz 12.3-inci, pengecas nirwayar (wireless) dan banyak lagi.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Portal yang sama sebelum ini pernah melaporkan yang Geely menyasarkan untuk menjual varian tertinggi Azkarra dengan enjin 1.5 liter tiga-silinder pada harga PhP 1.6 juta bersamaan RM131,660. Ada kemungkinan versi dengan tahap kemasan lebih rendah akan turut diperkenalkan dengan tanda harga lebih murah, dilengkapi dengan kotak gear 6-kelajuan automatik namun buat masa ini tiada butiran lanjut diberikan.

Di Filipina, Azkarra dijangka berentap dengan model crossover kompak lain seperti Toyota RAV4, Hyundai Tucson, Subaru Forester dan beberapa model lagi. Di Malaysia, kita hanya mendapat unit pemasangan tempatan (CKD) Proton X70 yang dipasang di Tanjung Malim dengan ‘logo kepala harimau bulat’, manakala X50 hanya akan dilancarkan seawal suku ketiga tahun 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit AutoIndustriya.com

Geely Azkarra

Geely Bo Yue Pro

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply