ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Proton X90 (VX11) bakal ada empat pilihan varian, enam pilihan warna termasuk satu warna baharu

Info

Views

Agak lama juga kita tidak mendapat perkhabaran terkini dari Proton kan? Ejen perisik kami Mat Bond sebentar tadi telah menyampaikan beberapa informasi terkini berkenaan model crossover MPV sulung mereka iaitu X90 (VX11).

Menurut Mat Bond, X90 (VX11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Kesemuanya akan dikuasakan oleh enjin 1.5TGDi (1.5 TD) yang telah menerima penalaan semula dan dikatakan mampu menjana 190 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

Ada enam warna yang bakal menjadi pilihan, iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Space Grey dan satu warna baharu iaitu Deep Marine Blue.

X90 (VX11) versi Malaysia juga akan menggunakan suspensi jenis berbilang pautan (multi-link) di belakang, tidak seperti kembarnya, Okavango di Filipina yang hanya menggunakan jenis rasuk kilasan (torsion beam).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Kebetulan pula informasi yang kami perolehi ini hampir sama dengan apa yang disiarkan oleh akaun Facebook, TheAjerul semalam. Namun, pemberi maklumat kami merupakan individu yang berbeza.

Menurut Mat Bond, pada ketika ini X90 (VX11) berada pada peringkat akhir percubaan sebelum beralih ke fasa pra-pengeluaran yang dijangka pada bulan Mac nanti.

Kemudian, barulah ia akan ke fasa pengeluaran massa dan besar kemungkinan pelancarannya akan dibuat menjelang pertengahan tahun 2023.

Kita sama-sama tunggu perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply