ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jenama NEV baharu dari Geely bakal dikenali dengan nama ‘Milky Way’? Pelancaran rasmi pada 23 Februari

Berita Global

Views

Geely telah memperkenalkan satu lagi jenama baharu yang dikenali sebagai ‘Milky Way‘ di China, semalam. Jenama tersebut akan memasarkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid plug-in (PHEV) pada kategori harga pertengahan hingga ke mewah/premium.

Geely Auto dikatakan sedikit ketinggalan dalam pengeluaran EV dan bagi memastikan mereka dapat mengejar syarikat yang lain, ia telah melancarkan jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) seperti Geometry, Livan, Zeekr dan lain-lain.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Bukan itu sahaja, syarikat tersebut dilihat seolah-olah mahu ‘menghidupkan semula’ jenama Maple. Pada Januari lalu, Geely memberi petunjuk yang mereka bakal melancarkan siri NEV baharu dalam masa yang terdekat.

Menurut portal CarNewsChina, nama Milky Way adalah terjemahan dari bahasa Cina iaitu ‘银河’ (Yinhe). Ada yang lebih gemar memanggilnya ‘Galaxy’, namun Milky Way adalah terjemahan yang paling tepat.

Ia merangkumi dua hieroglif, iaitu ‘银’ (Yin,Perak) dan ‘河’ (Sungai). Walaubagaimanapun, nama rasmi antarabangsanya hanya akan diumumkan kemudian.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Jenama itu nanti akan memasarkan kenderaan EV dan PHEV yang berasaskan pelantar seni bina baharu yang dibina khusus oleh Geely. Ini bermakna, kesemua kenderaan dari jenama ini nanti tidak akan menggunakan pelantar SEA.

Milky Way juga dikatakan tidak akan bersaing dengan jenama harga ‘Rahmah’ iaitu Livan, Geometry (harga pertengahan) mahupun Zeekr (harga mewah/premium).

Semasa pengenalan jenama tersebut, Geely turut menyiarkan beberapa imej acah termasuk imbasan reka bentuk luaran dan juga perincian pada bahagian dalaman. Geely dijangka akan melancarkan jenama Milky Way pada 23 Februari nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Geely Weibo

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply