ARKIB

KATEGORI

Info

Info ringkas: Perodua Axia 2023 (D74A), apa yang menarik? Anggaran harga bermula dari RM38,600

Info

Views

Secara rasminya hari ini, Perodua telah membuka tempahan model sulung Axia 2023 (D74A). Seperti yang kita semua telah ketahui, model tersebut dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Mari kita lihat info ringkas Perodua Axia 2023 (D74A):

Varian

Axia 2023 (D74A) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.

Warna

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Enjin dan transmisi

Jika merujuk kepada risalah yang disiarkan, Axia 2023 (D74A) akan berkongsi enjin EEV dan transmisi D-CVT yang sama.

Kami difahamkan enjin ini masih lagi unit 1.0 liter 1KR-VE VVT-i yang sama, tetapi ditala semula dengan kecekapan bahan api 25.3 km/l, atau 27.4 km/l dengan sistem Eco Melahu (Eco Idle). Untuk varian AV, ia turut diengkapi dengan Mod Pemanduan Kuasa (Power Mode Drive).

Penggayaan

Untuk varian G, ia akan menggunakan lampu hadapan jenis halogen manakala varian X, SE dan AV pula akan menggunakan lampu hadapan jenis LED. Dua varian tertinggi iaitu SE dan AV turut dilengkapi lampu siang LED (DRL).

Untuk cermin sisi, varian G dan X menggunakan jenis elektrik dan boleh dilipat secara manual, manakala varian SE dan AV pula menggunakan cermin sisi jenis elektrik dan boleh dilipat secara automatik dengan lampu signal.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Kemasan tempat duduk

Varian G dan X menggunakan tempat duduk standard dengan kemasan jenis fabrik, manakala tempat duduk varian SE dan AV adalah jenis separa bucket dan dibaluti dengan kemasan separa kulit (dwitona – hitam dan jejalur merah).

Paparan meter dan unit infohibur

Paparan meter varian G dan X menggunakan jenis LCD, varian SE menggunakan jenis LCD dengan takometer manakala varian AV menggunakan jenis digital sepenuhnya (TFT) bersaiz 7-inci.

Untuk audio pula,  varian G, X dan SE dilengkapi dengan radio jenis biasa, manakala varian AV dilengkapi dengan unit infohibur jenis terapung dengan skrin sesentuh bersaiz 9-inci.

Keselamatan

Kesemua varian didatangkan secara standard dengan ABS, EBD dan BA, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), bantuan mula mendaki (HHA) dan kawalan cengkaman (TRC). Bagi varian AV, ia mendapat tambahan ciri keselamatan seperti Perodua Smart Drive Assist (PSDA), enam beg udara dan filem penapis haba.

Harga tentatif

Julat harga tentatif untuk Axia 2023 (D74A) adalah antara RM38,600 hingga RM49,500 (tidak termasuk insuran dan di Semenanjung Malaysia). Spesifikasi penuh akan didedahkan ketika pelancarannya nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply