ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sasar 330k pengeluaran dan 314k jualan pada 2023

Berita Tempatan

Views

Perodua sedang cuba untuk memaksimumkan jumlah pengeluarannya kepada 330,000 unit dan jualan kepada 314,000 unit tahun ini.

Ia disokong oleh tempahan tertunggak yang dibawa daripada tahun lepas serta permintaan berterusan untuk kenderaannya setakat tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, lebih separuh daripada jumlah sasaran mereka adalah daripada tempahan yang terkumpul tahun lalu, namun masih belum dihantar.

Tambah beliau, memandangkan kapasiti normal bagi pengeluaran terpasang tahunan kami untuk kilang Perodua Manufacturing dan Perodua Global Manufacturing berada pada 320,000 unit dalam dua kitaran syif, pihaknya masih boleh meningkatkan jumlah dengan menambahbaik produktiviti dan memulakan kerja lebih masa.

Beliau berkata kesan pertumbuhan pengeluaran sedemikian kepada industri automotif Malaysia akan menjadi lebih ketara kerana Perodua telah memperuntukkan RM10.0 bilion untuk membeli alat ganti daripada para pembekal tempatan bagi memenuhi sasarannya bagi tahun ini.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Sasaran 330,000 pengeluaran dan 314,000 jualan masing-masing adalah lebih tinggi iaitu 14.2 peratus dan 11.3 peratus berbanding prestasi pengeluaran dan jualan Perodua pada 2022 yang masing-masing mencatatkan sebanyak 289,054 dan 282,019.

Secara keseluruhannya, Perodua telah menghasilkan sejumlah 4.68 juta kenderaan sejak 1994. Beliau berkata, pihaknya percaya jumlah jualan industri boleh melebihi 650,000 unit seperti yang diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia.

Dari sudut perluasan, Perodua telah memperuntukkan sebanyak RM 1.15 bilion perbelanjaan modal tahun ini untuk menambahbaik operasi bagi kumpulannya.

Antara bidang utama penambahbaikan termasuk bahagian perniagaan baharunya di mana Perodua sedang meluaskan perniagaan Kenderaan Terpakai (POV), terutamanya selepas mendapat respon positif daripada orang awam selepas pelancaran Ativa Hybrid pada September 2022.

Perodua juga memperuntukkan RM 537.1 juta untuk pembangunan model baharu, serta
RM 247.1 juta untuk memodenkan lagi operasi kami termasuk menaiktaraf pusat 1S dan 2S sedia ada kepada pusat 3S.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Untuk 2023, Perodua mensasarkan untuk melihat peningkatan dalam pengambilan kenderaan kepada 2.8 juta unit daripada 2.6 juta yang dicatatkan pada 2022. Pertumbuhan ini akan menjadi gabungan penambahbaikan dari segi tempoh masa dan ruang servis kami di seluruh negara.

Bagi tahun 2023 juga faktor risiko termasuklah inflasi yang lebih tinggi, peningkatan berterusan pada kadar faedah dan faktor kos luaran yang lebih tinggi seperti kos bahan api, janakuasa termasuklah kos komoditi dan bahan mentah.

Jelas beliau, faktor-faktor kos ini, jika naik terlalu mendadak akan memberi kesan negatif kepada momentum semasa Perodua. Peningkatan tersebut bukan sahaja berpotensi menekan pasaran malah memadam keuntungan yang diperoleh industri kerana ia baru sahaja dalam proses pemulihan.

Beliau menambah, bekalan cip semikonduktor masih menjadi faktor utama pengeluar, bukan sahaja untuk pemain automotif tetapi juga industri seperti elektrik dan elektronik serta industri berat lain yang bergantung kepada teknologi tersebut.

Tambah beliau lagi, pihaknya sedang memantau faktor ini dengan teliti tetapi untuk setakat ini, mereka telah memperoleh cip yang diperlukan untuk memenuhi sasarannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply