ARKIB

KATEGORI

Tular

Ingatkan Ferrari F430 betul, rupanya Toyota MR Coupe dah…

Tular

Views
GDF Asti sequestrata falsa Ferrari F430 costruita artigianalmente.

Kreativiti seorang lelaki di Itali yang mengubah suai Toyota kepada Ferrari F430 memakan diri apabila taktiknya itu terbongkar dan bakal berdepan hukuman penjara.

Menurut Harian Metro, lelaki berusia 26 tahun itu didakwa atas pertuduhan memalsu dan melanggar cap dagangan selepas Ferrari F430 merah miliknya sebenarnya adalah Toyota MR Coupe yang diubah suai.

Pasukan penguat kuasa Itali, Guardia di Finanza membuat rampasan luar biasa itu semasa pemeriksaan rutin di bandar Asti.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Walaupun Ferrari merah menampilkan semua elemen ikonik F430, daripada logo kuda berlari pada bonet dan stereng kepada rim, brek dan lampu depan ikonik, ada sesuatu tentang kenderaan itu kelihatan pelik.

Tidak jelas sama ada pemandu itu mempunyai dokumen yang diperlukan untuk membuktikan keretanya adalah Ferrari F430 tulen atau tidak, namun pegawai polis memanggil pasukan pakar untuk mendapatkan kepastian sebelum terbongkar itu adalah Toyota MR Coupe yang diubah suai.

Walaupun kes ini pastinya bukan kali pertama, namun kes ini berbeza apabila tahap pemalsuan yang tinggi.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Daripada bingkai gentian karbon ringkas di atas casis biasa dan beberapa logo palsu, individu yang membuat F430 palsu ini melakukan kerja yang sangat cemerlang.

Kedua-dua bahagian luar dan dalam kereta itu diubah suai seperti F430 Ferrari yang dihasilkan antara 2004 dan 2009 di Maranello.

Menurut pakar yang mengesahkan pemalsuan itu, kereta itu juga menampilkan alat ganti dan aksesori Ferrari asli, menjadikannya lebih sukar dikenal pasti sebagai Toyota.

Media berita Itali melaporkan, kereta itu disita dan laporan dibuat kepada Pejabat Pendakwa Raya Asti kerana penggunaan tanda dagangan berdaftar tanpa kebenaran

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply